INFOGRAFIK

Kita sekarang berada di zaman “Big Data’’ dimana ianya adaalah suatu pelambakan data berbanding sebelum ini. Sejak kebelakangan ini, impak infografik disekeliling kita semakin dirasai. Analisis menentukan peningkatan minat melalui Google insights for search dengan katakunci “Infographics”.

Bermula pada tahun 2011, pencarian Infographics telah menarik perhatian ramai, terus meningkat dan berada di puncak pada Mac 2020. Peningkatan sebanyak 100% dalam masa 10 tahun menunjukkan tren yang berbaloi untuk diikuti di peringat fakulti.

Sepertimana data perbandingan penggunaan media sosial di seluruh dunia yang bancian dilakukan pada tahun 2019.  Data-data seperti ini masih berkembang dari semasa ke semasa. Tambahan pula, haiwan, pergunungan, lautan, angkasa sekarang juga telah menjadi cabang ilmu kita disebabkan berkembangnya teknologi komputer, teknologi mudah alih dan gajet. Dengan kelimpahan maklumat seperti ini, kita cenderung untuk mengatur, menyusun  dan seterusnya menganalisa data tersebut.

Apa itu Infografik?

Infografik adalah koleksi imej, carta dan petikan pendek yang memberikan gambaran kefahaman sesuatu topik. Infografik merupakan medium komunikasi secara grafik dan merupakan salah satu langkah efisien untuk penceritaan menarik bagi data yang kompleks. Amalan infografik juga telah digunakan secara meluas di UMK terutamanya Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi amnya untuk meningkatkan visibility diperingkat alam maya antaranya:

1) Menarik minat

Orang ramai kebiasaan suka terhadap fakta, gambar dan statistik. Dengan imej yang menarik dan grafik yang hebat menjadikan poster atau maklumat kita menyerlah. Seperti poster geran yang diterima oleh fakulti baru-baru ini. Dengan susunan grambarajah dan nombor nilai geran, FBKT telah dilihat sebagai salah satu fakulti yang sangat aktif pada tahun ini.

2) Liputan menyeluruh

Dengan dunia serba maya sekarang ini, infografik dapat melaporkan secara menyeluruh sesuatu peristiwa atau keadaan dan satu dunia dapat melayari berita tersebut. Ini dapat diperhatikan dalam situasi semasa serangan virus Covid-19 di mana infografik telah digunakan untuk pelaporan kes setiap hari untuk menggambarkan statistik jangkitan semasa.

Oleh itu dapat disimpulkan, infografik memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan maklumat secara lebih berkesan. Infografik dipercayai akan semakin digunakan secara lebih meluas berikutan bercambahnya ilmu daripada sehari ke sehari.