COVID-19

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia diawal tahun ini telah membawa kita hidup dengan norma baharu. 1 meter penjarakan fizikal, memakai penutup muka, pengukuran suhu sebelum memasuki sesuatu premis adalah antara norma baharu yang perlu kita patuhi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita dan pengenalan Prosidur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan untuk mengukur suhu badan, membasuh tangan dan merekodkan kedatangan sebelum memasuki premis. SOP ini telah menyebabkan kekalutan pada ramai daripada kita dan kita dapat lihat barisan yang panjang dimana-mana terutama pasaraya.

Masalah ini telah memberi motivasi kepada sekumpulan penyelidik di FBKT untuk membuat projek inovasi bagi menggabungkan ketiga-tiga elemen yang di gariskan dalam SOP. Produk pertama telah tersedia pada akhir Mei di dalam kesulitan untuk mendapatkan bahan disebabkan oleh PKP. Produk prototype pertama dan kedua telah diletakkan di Masjid Dr. Tengku Faiz, UMK Kampus Jeli untuk digunakan semasa sembahyang Jumaat.

Sebagai persiapan untuk menyambut pelajar baharu ditengah-tengah pandemik pada awal Oktober yang lalu, UMK telah memohon untuk disediakan sebanyak 45 unit sistem ini untuk ditempatkan di fakulti, asrama, café dan tempat-tempat strategik lainnya.