Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Tembikar Mambong: Warisan Kelantan Yang Kian Padam

j1Tembikar Mambong merupakan produk hasilan tembikar yang kebanyakannya berbentuk belanga dan digunakan untuk memasak. Produk kraftangan ini dikatakan bermula lebih kurang 300 tahun dahulu dan diasaskan oleh Maimunah Puteh, juga dikenali sebagai Tok Bara. Ianya diwarisi dari generasi ke generasi, sehingga sekarang terdapat hanya dua keluarga sahaja yang masih mengusahakannya. Di Kelantan sendiri, tidak ramai yang mengetahui kewujudan salah satu warisan negeri ini.  Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan demi memastikan kesinambungan produk ini untuk terus bertahan.

Nama tembikar Mambong diberikan bersempena dengan nama tempat tanah liat diambil dan produk tembikar tersebut dihasilkan.  Kampung Mambong terletak di Sungai Galas, Kuala Krai, Kelantan dan merupakan kampung kecil yang hanya boleh diakses melalui laluan sungai. Untuk sampai ke kampung tersebut, pengangkutan melalui bot bermula dari dari jeti Kuala Krai akan mengambil masa selama 45 minit dengan tambang serendah RM3 sahaja.

 

Kelebihan tembikar Mambong berbanding tembikar lain di Malaysia adalah, permukaan produk nampak berkilau (elemen silika) tanpa perlu dilicau. Namun, terdapat kelemahan yang dikira agak kritikal juga iaitu produk ini lebih sesuai untuk digunakan bersama dapur kayu. Jika dimasak menggunakan dapur gas, suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tembikar pecah kerana ia tidak tahan dengan kejutan terma yang agak drastik. Penambahbaikan perlu dilakukan kerana pengguna tidak lagi menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Bagi tembikar Mambong, terlalu sedikit penyelidikan yang telah dijalankan terhadap komposisi kimia dan sifat-sifat asas lain bagi tanah liat ini. Lebih banyak informasi perlu dikaji dan dikumpulkan bagi meningkatkan kualiti dan juga jumlah penghasilan produk warisan negeri Kelantan ini. Buat masa sekarang ini, tembikar Mambong hanya dibuat dengan menggunakan teknik tradisional iaitu melalui kaedah picit dan cubit. Kaedah penghasilan ini sememangnya agak perlahan, jadi menghadkan jumlah pengeluaran sekaligus menjanjikan pulangan yang tidak seberapa kepada pengusaha. Kajian juga perlu dilakukan bagi menambahbaik sifat sedia ada supaya produk ini setanding kualitinya dengan produk tembikar dari tempat lain.

Peranan Universiti Malaysia Kelantan khususnya Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) adalah untuk membantu meningkatkan kadar pembuatan hasilan tembikar, iaitu dengan memperkenalkan penggunaan teknik yang lebih moden iaitu tuangan slip dan lempar alin. Di samping itu, rekabentuk dan jenis produk juga akan lebih dipelbagaikan. Untuk meningkatkan kualiti dan ketahanan produk, kajian turut dijalankan, antaranya suhu dan tempoh pembakaran yang sesuai dikenalpasti, supaya produk dibakar pada parameter optimum dan menghasilkan produk yang lebih kuat, ringan serta tahan dengan kejutan terma dari dapur yang digunakan untuk memasak.

j2

j3

 

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my