Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Pemerkasaan Geran Penyelidik FBKT

Pada 4 – 5 Februari 2018 telah diadakan Bengkel Pemurnian Geran anjuran Jawatankuasa Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) bertempat di BK5, UMK Kampus Jeli. Bengkel selama 2 hari ini telah menjemput 2 orang pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam penilaian kertas cadangan geran dan penulisan geran iaitu Prof Emiritius Dato’ IR. Dr Zainai bin Mohamed, Profesor Flexi Universiti Malaysia Kelantan, Prof Ir. Dr Ahmad Ziad bin Sulaiman dan Prof. Madya Dr Kamal bin Yusoh daripada Universiti Malaysia Pahang.


Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara penulisan yang efisien dan penulisan kertas cadangan geran yang berjaya sebagai memenuhi keperluan kemajuan dan perkembangan penyelidikan khususnya dalam kalangan penyelidik FBKT

Sesi sebelah pagi pada hari pertama dimulakan dengan taklimat pendedahan tentang penilaian geran oleh Prof Ir. Dr Ahmad Ziad bin Sulaiman dan diikuti oleh sesi perkongsian berkaitan teknik penulisan geran oleh Prof. Madya Dr Kamal bin Yusoh. Seterusnya, sesi pemurnian geran bermula di mana setiap pemohon geran FRGS/TRGS/PRGS dikehendaki membentangkan kertas cadangan penyelidikan masing - masing dan dinilai oleh 3 orang panel jemputan tersebut.

Sesi pagi pada hari kedua diteruskan lagi dengan permurnian geran bersama panel – panel jemputan. Seramai 25 penyelidik telah membentangkan kertas cadangan penyelidikan masing masing yang terdiri daripada 19 penyelidik untuk FRGS, 3 penyelidik untuk PRGS dan 3 penyelidik untuk LRGS selama 2 hari bengkel ini berlangsung.

Melalui bengkel ini, peserta telah didedahkan dengan strategi-strategi efektif dalam penulisan geran yang berjaya termasuklah langkah-langkah dalam penyediaan penulisan kertas cadangan geran, keperluan penting yang diperlukan untuk penerbitan kertas cadangan geran dan perkongsian garis panduan dalam memenuhi kehendak dan menjawab soalan daripada editor atau penilai.

Diharapkan dengan penganjuran bengkel pemurnian geran ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti kertas cadangan penyelidikan para penyelidik FBKT dan seterusnya menaikkan nama FBKT di persada kebangsaan dan antarabangsa.

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7000