Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Perancangan Penumpuan Halatuju Bidang Kajian Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT)

Bengkel1

Demi memperkasakan fokus bidang kajian utama di FBKT, pihak Jawatankuasa Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan FBKT telah menganjurkan Bengkel Halatuju Penyelidikan pada 13 Mac 2018 bermula 9 pagi – 5 petang bertempat di BK 5, UMK Kampus Jeli. Bengkel ini dimulakan dengan taklimat oleh Dekan FBKT, Prof. Dato' Ir Ts Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz yang menekankan berkaitan tujuan utama bengkel ini diadakan. Beliau juga menjelaskan sebab sebenar R&D dijalankan di peringkat universiti dan fakulti selain mengingatkan para penyelidik FBKT agar berani untuk meneroka bidang baharu tanpa terikat dengan bidang pengajian PhD para penyelidik yang terdahulu.

 

Usai taklimat oleh Dekan FBKT, para penyelidik FBKT dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang kepakaran dan program masing-masing yang terdiri daripada Teknologi Bioindustri, Teknologi Hutan, Teknologi Bahan, dan Teknologi Tenaga. Setiap kumpulan diminta merangka bidang pengkhususan bidang kajian yang akan diterokai secara bersama oleh FBKT dan meneliti projek – projek yang bakal dijalankan samada di peringkat tempatan, nasional mahupun antarabangsa.

Sesi sebelah petang dimulakan dengan pembentangan oleh setiap kumpulan di mana Prof. Dato' Ir Ts Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz bertindak sebagai moderator. Pelbagai buah fikiran bernas dilontarkan oleh Prof. Dato' Ir Ts Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz dan para penyelidik dalam memberikan idea terbaik dalam merencana bidang kajian di FBKT.

Bengkel2

Di akhir program, satu konklusi telah dicapai yang mana akan terdapat lima bidang tujahan utama yang akan difokuskan oleh FBKT yang terdiri daripada Teknologi Hijau, Produk Sumber Asli, Teknologi Biokejuruteraan, Pembuatan Inovatif dan Bahan Termaju. Apa pun perkara ini akan terus diperhalusi dan diperincikan di dalam bengkel kedua yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Semoga dengan inisiatif ini akan menjadikan bidang kajian dan inovasi FBKT khususnya dan UMK amnya akan terus diperhebatkan dan diperkasakan demi meningkatkan nama UMK di persada dunia.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7000