Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Ke Arah Pemerkasaan Agenda STEM dan IR 4.0 di Kalangan Pelajar

Gambar 1 Semua peserta dan AJK

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Bengkel Robotik Program Cakna STEM-Prof@School pada 19 November 2018 (Isnin) bermula 8.00 pagi - 4.00 petang di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk minat para pelajar sekolah menengah terutama pelajar tingkatan tiga terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ke arah memastikan matlamat kerajaan untuk memastikan pelajar berdaya maju dalam menghadapi cabaran IR 4.0. Selain itu, program ini merupakan agenda khidmat masyarakat pihak UMK bersama komuniti setempat dan merupakan pengisian bagi inisiatif Prof@School yang dilancarkan oleh pihak UMK bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Seramai 50 orang pelajar bersama 12 orang guru pengiring daripada beberapa buah sekolah menengah terpilih iaitu MRSM Jeli, SM Sains Jeli, SMK Agama Wataniah, SMK Tanah Merah 2, SMK Kuala Krai, SMK Sultan Yahya Petra 2 dan SMK Kemahang yang akan menyertai program ini. 

IMG 3669

 

Bengkel

Bengkel ini dimulakan dengan sesi pengenalan dan asas robotik di mana para pelajar akan didedahkan dengan kaedah programming mudah dan menyeronokkan. Pada sebelah petang, pertandingan robotik mini akan diadakan dengan pelajar-pelajar akan cuba menyelesaikan cabaran yang diberikan di mana robot yang dibina pelajar perlu bergerak dalam litar yang telah disediakan. Pelajar dari setiap sekolah dipecahkan kumpulan yang terdiri daripada 2 orang.

Gambar 2

 

Gambar 3

 

Pemenang ditentukan berdasarkan kepada kreativiti dan kemampuan pelajar untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan. Pada pengakhiran pertandingan robotik mini, kumpulan 12 daripada MRSM Jeli berjaya mendapat tempat ketiga manakala kumpulan 18 daripada SMK Tanah Merah 2 berjaya mendapat tempat kedua. Johan pertandingan robotik mini ini berjaya digondol oleh kumpulan 17 daripada SMK Tanah Merah 2.

Gambar 4 Pemenang Pertama SMK Tanah Merah 2

Adalah diharapkan dengan penganjuran bengkel ini akan mampu menjadi titik mula kepada minat pelajar untuk meminati sekaligus menceburi bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) demi kelangsungan bidang STEM di Malaysia.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my