Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Liputan Program FBKT di Sinar Harian

SH 30112018a

 

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bengkel-robotik-ke-arah-ir-4-0-1.910335

JELI - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Robotik Program Cakna STEM-Prof@School sebagai salah satu pendekatan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Pengarah program, Dr Nor Hakimin Abdullah berkata, bengkel dengan kerjasama American Corner serta Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK itu antara lain untuk memastikan hasrat kerajaan melahirkan pelajar berdaya maju dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) tercapai.

 

“Ia juga merupakan agenda khidmat masyarakat UMK bersama komuniti setempat selain bertindak sebagai pengisian bagi inisiatif Prof@School yang dilancarkan institusi pengajian ini dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

“Seramai 50 peserta bersama 12 orang guru pengiring dari sekolah menengah terpilih iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli, Sekolah Menengah (SM) Sains Jeli, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Wataniah, SMK Tanah Merah 2, SMK Kuala Krai, SMK Sultan Yahya Petra 2 dan SMK Kemahang terlibat dalam program ini,” katanya sempena program berkenaan di UMK Kampus Jeli di sini.

 

Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi UMK itu berkata, bengkel berkenaan bermula dengan sesi pengenalan dan asas robotik di mana peserta didedahkan dengan kaedah pengaturcaraan atau ‘programming’ mudah dan menyeronokkan.

“Ia diteruskan dengan pertandingan robotik mini yang memerlukan peserta menyelesaikan cabaran diberikan di mana robot rekaan pelajar perlu bergerak dalam litar yang disediakan,” katanya.

“Pemenang ditentukan berdasarkan kepada kreativiti dan kemampuan pelajar untuk menjayakan cabaran yang diberikan,” katanya.

Nor Hakimin berkata, pihaknya berharap penganjuran bengkel berkenaan akan menjadi titik permulaan kepada pelajar untuk meminati seterusnya menceburi bidang STEM pada masa depan.          

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my