Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Lawatan Penanda Aras di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Lawatan Penanda Aras UTM

Satu lawatan penanda aras bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Tenaga (FBKT) telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 07 Mac 2018. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Nik Nurul Anis Binti Nik Yusoff selaku Ketua Program Tenaga FBKT bersama ahli-ahli program iaitu PM. Dr Wan Mohd Faizal B. Wan Ishak dan Dr. Hasyiya Karimah Bt Adli.


Lawatan ini telah dijalankan bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat bersama Dekan, Timbalan Dekan dan beberapa orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga, UTM berkenaan program Tenaga yang akan ditawarkan oleh FBKT pada tahun 2020 kelak. Perbincangan juga meliputi perkara seperti Program-program subjek, kurikulum dan struktur pengajian yang terdapat di fakulti berkenaan. Selain itu, pihak delegasi UMK juga dibawa untuk melawat beberapa makmal di bawah pengurusan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga. Lawatan ke makmal-makmal adalah agenda utama bagi lawatan ini untuk mengumpul maklumat berkenaan fasiliti instrumen dan peralatan makmal yang sesuai untuk program tenaga.


Hasil lawatan ini memberi pendedahan kepada delegasi UMK dalam penyediaan struktur kurikulum program tenaga yang kebih sesuai untuk graduan engineering technology, berbeza dengan yang ditawarkan di UTM (engineering). Lawatan ke makmal juga dapat memberi input dan informasi terkini dalam merancang keperluan makmal yang akan ditubuhkan untuk program tenaga FBKT. Dalam waktu yang sama, rundingan kolaborasi diantara UMK FBKT dan fakulti ini juga akan direalisasikan dalam masa terdekat.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my