Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Projek Kolaborasi Rumpai Laut Bagi Penyelidikan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Tenaga Suria)

Rumpai Laut

Sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi yang diketuai oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli dan Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Bin Wan Ishak sebagai penyelidik bersama telah menjalani projek penyelidikan (pengsampelan) di Kampung Kabok, Kunat, Sabah pada 18 April sehingga 21 April 2018. Lawatan ini juga telah diiringi oleh dua orang pelajar prasiswazah iaitu Muhammad Fahmi Aizat Bin Elias dan Quah Soon Wei daripada program Teknologi Bioindustri (Tahun 3), yang juga merupakan pelajar dibawah penyeliaan Ketua penyelidik untuk projek ini.


Penyelidikan ini adalah dijalankan di bawah peruntukan Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek (SGJP) dimana melibatkan aktiviti pengsampelan rumpai laut di ladang kultivasi Encik Lajulliadi, Pengarah syarikat Ocean Blue Agro Sdn Bhd di Kunak. Projek kolaborasi di antara pihak FBKT dan syarikat Ocean Blue Agro Sdn Bhd memfokuskan projek pengekstrakan rumpai laut untuk aplikasi sistem tenaga suria (tenaga yang boleh diperbaharui). Sampel rumpai laut yang dikutip merupakan sampel utama dalam penyelidikan ini dimana komponen klorofil di dalam rumpai laut digunakan untuk penyerapan cahaya di dalam sel suria. Spesies rumpai laut terdiri daripada Kappaphycus alvaerezii sp. , Eucheuma cottonii sp. & Sargassum sp. telah berjaya dikutip bagi tujuan penyelidikan ini dan pengekstrakan rumpai laut, analisis dan seterusnya dan fabrikasi sel suria akan dilakukan di Universiti Malaysia Kelantan.


Dengan kolaborasi di antara UMK dan Blue Ocean Sdn Bhd ini, diharapnya berterusan untuk tujuan perkongsian ilmu, maklumat, sumber serta teknologi antara kedua-dua belah pihak. Lawatan kolaborasi ini juga dipercayai dapat menggalakkan aktiviti penyelidikan terhadap rumpai laut di dalam pelbagai bidang penyelidikan yang ditawarkan oleh FBKT pada masa akan datang.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my