Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Bengkel Business Model Canvas (BMC) dan Pitching FBKT

Bengkel Business Model Canvas (BMC) dan Pitching FBKT 2018 telah diadakan pada 23 Oktober 2018 bertempat di Bilik Banquet (BK5) UMK Kampus Jeli. Bengkel ini telah dihadiri oleh 20 orang mahasiswa di UMK yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan program.

Bengkel ini dilihat mampu menjadi langkah awal bagi mahasiswa di UMK yang berminat untuk memulakan dan menjalankan syarikat pelajar di UMK. Tentatif yang telah dirancang juga adalah bersesuaian dengan objektif bengkel bagi membentuk dan membina kemahiran insaniah terutamanya kemahiran keusahawanan dalam diri mahasiswa, di samping melatih mereka menjadi graduan yang berdaya saing di masa hadapan. Aktiviti yang telah dijalankan seperti latihan dalam kumpulan dan pertandingan Pitching BMC dapat memupuk nilai sahsiah serta mencungkil potensi diri seperti kepimpinan dan keyakinan diri dalam kehidupan mahasiwa UMK.

 Selain itu, bengkel ini melibatkan semua pensyarah keusahawanan di UMK Kampus Jeli sebagai penceramah, fasilitator dan panel penilai bagi pertandingan Pitching BMC. Pensyarah keusahawanan tersebut terdiri daripada Alumni UMK yang telah menghadiri pelbagai latihan berkaitan dengan bidang keusahawanan serta telah diiktiraf sebagai jurulatih bertauliah dari pelbagai agensi dalam negara termasuk luar negara seperti jurulatih e-Usahawan, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Global E-commerce Talent (GET) dan Alibaba Global E-commerce Talent.

1

Fasilitator sedang berbincang dengan peserta semasa sesi latihan dalam kumpulan

2 

Salah satu kumpulan sedang membentangkan rancangan perniagaannya dalam pertandingan Pitching

 3

Salah satu kumpulan yang memenangi pertadingan Pitching

  4

Sesi bergambar antara peserta, ahli jawatankuasa, penceramah dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Bengkel BMC dan Pitching FBKT 2018

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my