Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Program Prof@School FBKT 2018

Program Prof@School Di UMK Jeli

Program Sains Prof@School merupakan satu program berasakan sains yang telah di anjurkan oleh Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) bertempat di UMK Kampus Jeli. Tujuan program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan bagi menangani masalah kekurangan pelajar aliran sains di universiti tempatan. Program ini telah di bahagikan kepada beberapa siri melibatkan pelbagai sekolah di seluruh negeri Kelantan.

1

Para pelajar bersama guru-guru dan pensyarah yang terlibat.

Program yang dijalankan selama sehari ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti ilmiah termasuklah mengadakan lawatan ke beberapa fasiliti yang terdapat di UMK Jeli seperti kebun sayuran/herba, perpustakaan, muzium sains, makmal bahan, makmal geosains dan makmal analisa makanan haiwan. Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam projek sains berkumpulan bersama para pensyarah FBKT. Antara projek sains yang telah dijalankan adalah seperti projek kitar semula kertas, tindak balas gunung berapi, proses penghasilan sabun, ketumpatan, pengaratan, geseran dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti sains yang dijalankan, ia diharap dapat mengembangkan ilmu sains dan teknologi di negara ini dan memperkasakan program STEM. Dengan tindakbalas positif dan sambutan yang menggalakkan yang diperolehi dari pihak guru sekolah dan para pelajar, pihak FBKT bersepakat untuk meneruskan program sebegini dimasa akan datang demi menyokong objektif STEM seterusnya mengangkat martabat UMK dikalangan penduduk setempat.

Program Prof@School Di Sekolah Kebangsaan Kemahang 1

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kemahang 1

Tarikh   : 07 Ogos 2018

Masa     : 9:00 pagi hingga 1:00 petang

Aktiviti   : Ceramah Teknik Menjawab Soalan Matematik dan Sains

Pada 7 Ogos 2018, satu bengkel teknik menjawab soalan sains dan matematik yang melibatkan 40 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kemahang 1 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kemahang 1. Sesi tersebut telah dibahagikan kepada dua kelas yang terdiri daripada 20 orang pelajar bagi setiap kelas. Bengkel bermula pada pukul 9.00 pagi di kelas pertama dengan subjek Sains yang dikendalikan oleh Dr. Mohamad Najmi dan dibantu oleh seorang pelajar UMK, Marinah. Masa bagi setiap sesi adalah selama 2 jam. Manakala bagi kelas kedua, sesi dimulakan dengan subjek Matematik yang dikendalikan oleh Dr. Mardawani dan dibantu oleh seorang pelajar UMK program SBT iaitu Nur Ir Imani. Selepas sesi pertama selesai, sesi kedua dimulakan pada pukul 11.00 pagi. Bengkel tamat pada pukul 1.00 petang dan diakhiri dengan sesi pengambaran bersama dengan guru-guru dan para pelajar yang terlibat.

2

Pelajar bersama pensyarah terlibat Dr Mohamad Najmi Masri dan Dr. Mardawani

Program Prof@School Di SK Ayer Lanas, SK Rahmat, SK Kemahang 1, SK Gual Periok, SK Belimbing

Tempat : UMK Kampus Jeli

Tarikh   : 27 Ogos 2018

Masa     : 9:00 pagi hingga 2:00 petang

Aktiviti   : Lawatan ke makmal sains, pameran serta aktikiti sains

Pada 27 Ogos 2018, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah menganjurkan program prof @school yang telah melibatkan 7 buah sekolah di sekitar negeri Kelantan. Program prof @ school ini telah melibatkan 50 orang pelajar serta guru dari sekolah masing-masing. Melalui program ini, pelajar telah di bawa melawat ke makmal sains di UMK Jeli iaitu makmal sinaran, makmal sains bahan, makmal teknologi mikrob, makmal akuakultur dan makmal analisa makanan haiwan. Pihak FBKT melalui pensyarah-pensyarah yang terlibat telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan bagi meningkatkan semangat cintakan sains dan teknologi dikalangan pelajar bermula dari sekolah rendah. Selain itu program ini juga bertujuan bagi melahirkan generasi muda yang holistik, berpengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

 3

Pelajar dan para pensyarah yang terlibat dalam program prof@school

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my