Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

BENGKEL “MOVE TOWARDS MPP”

Tarikh                           : 11 & 12 Julai 2018

Tempat                         : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Pemerkasaan Pelajar Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama barisan Majlis Perwakilan Pelajar umk (Jeli) sesi 2017/2018 dan barisan staf sokongan UMK. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Noor Azlina Binti Ibrahim (Timbalan Dekan Akademik FBKT), melibatkan 30 orang mahasiswa Tahun 1 dan 2 dari  semua program FBKT. Mahasiswa yang terpilih mengikuti bengkel ini adalah mahasiswa cemerlang dan berpotensi untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK pada masa hadapan.

Bengkel ini melibatkan perkongsian pengalaman menjadi ahli tertinggi MPP daripada En. Muhammad Amiruddin Bin Wahab (Bekas Timbalan Yang DiPertua MPP UMK 2015/2016) yang merupakan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda (Sains Penternakan). Selain itu, untuk mendedahkan mahasiswa kepada kepentingan kepimpinan selepas bergraduan, pihak fakulti juga telah menjemput En. Ahmad Naqiuddin Bin Mohamad, graduan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) UITM merangkap Bekas Yang Dipertua MPP UiTM 2015/2016.

Bersesuaian dengan objektif bengkel untuk membentuk dan menyerlahkan sifat kepimpinan yang kukuh dalam diri para mahasiswa, pelbagai aktiviti telah diatur bagi mencapai objektif tersebut, di antaranya adalah aktiviti peningkatan adab, sahsiah dan kepimpinan serta pencungkilan potensi diri.

Hasil daripada bengkel ini, pihak FBKT berharap ia dapat memberi impak yang kuat kepada mahasiswa dalam membina dan mengukuhkan kemahiran insaniah seperti bakat kepimpinan yang tinggi, semangat berpasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, mengurus aktiviti dan menjadi pembelajaran sepanjang hayat.

MPP 1

Ucapan Alu-Aluan oleh  Dr. Azfi Zaidi Bin Mohammad Sofi @ Aziz (Ketua Jawatankuasa Program Pemerkasaan Pelajar FBKT).

MPP 2 

YBhg. Prof. Madya Dr. Noor Azlina Binti Ibrahim (Timbalan Dekan Akademik FBKT) merasmikan bengkel.

MPP 3

Sesi perkongsian bersama En Amiruddin Bin Wahab (Bekas Timbalan Yang DiPertua MPP UMK 2015/2016).

MPP 4

Sesi pengucapan awam oleh peserta.

MPP 5

Sesi “Ice Breaking” oleh En Khairul Azry, Pegawai Psikologi UMK.

MPP 6

Taklimat HEPA daripada Encik Mohd Khir Amin Bin Zakarya (Penolong Pendaftar).

MPP 7

Sesi perkongsian bersama saudara Ahmad Naqiuddin (Bekas YDP MPP UiTM 15/16).

MPP 8

Sesi LDK simulasi proses pengundian piihanraya kampus.

MPP 9

MPP 10 

Aktiviti explorace

MPP 11

MPP 12 

Slot persidangan (Debat Nasional)

MPP 13 

Penganugerahan peserta program terbaik oleh YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Badhrulhisham Bin Abdul Aziz (Dekan FBKT)

MPP 14

Sesi bergambar bersama YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Badhrulhisham Bin Abdul Aziz (Dekan FBKT), Prof. Madya Dr. Noor Azlina Binti Ibrahim (Timbalan Dekan Akademik FBKT), barisan pensyarah, ahli majlis perwakilan pelajar UMK sesi 2017/2018 bersama sebilangan peserta.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my