Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Ke Arah Pemerkasaan Geran Penyelidikan FBKT

bengkel0

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel pemurnian geran FRGS dan PRGS sempena pembukaan permohonan geran oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bengkel ini telah diadakan pada 17 – 18 Februari 2019 bertempat di BK 5, UMK Kampus Jeli dengan menampilkan 2 penceramah jemputan terkemuka iaitu Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia dan Prof. Ir. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman daripada FBKT, UMK.

bengkel1

Bengkel selama ini dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad bertajuk How To Write A Winning Research Proposal. Di dalam sesi ceramah ini, Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad telah berkongsi berkaitan ciri – ciri yang perlu ada dalam penulisan proposal yang baik secara umum dan seterusnya memfokuskan penulisan geran FRGS dan PRGS yang mampu memenuhi syarat – syarat yang dikehendaki oleh penilai. Pada sesi ini, beliau telah berkongsi tips dan panduan yang dilihat mampu membantu para penyelidik menghasilkan sebuah penulisan proposal yang berkesan.

bengkel4

Setelah selesai sesi perkongsian oleh Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad, para penyelidik FBKT mula membentangkan proposal masing – masing kepada Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad dan Prof. Ir. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman bagi tujuan penambahbaikan. Pelbagai nasihat, tips dan rahsia berkaitan geran FRGS dan PRGS telah dikongsikan oleh Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad dan Prof. Ir. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman sepanjang sesi pembentangan ini berlangsung.

Sesi pembentangan diakhiri dengan sesi bergambar kenang – kenangan peserta – peserta bengkel bersama panel jemputan. Para penyelidik FBKT merakamkan ucapan sekalung penghargaan buat Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad dan Prof. Ir. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman di atas kesudian untuk hadir dan berkongsi ilmu demi memajukan aktiviti penyelidikan dan inovasi FBKT ke arah melonjakkan prestasi UMK di persada negara.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my