Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Bengkel Kursus Projek Penyelidikan I (FYP I)

Bengkel Projek Akhir Tahun Siri Satu merupakan salah satu keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) untuk pelajar tahun 3 bagi subjek Projek penyelidikan 1. Bengkel ini telah diadakan pada 7 Mac 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, UMK Kampus Jeli dengan menjemput 3 pensyarah dari setiap program di FBKT sebagai penceramah; Dr Nurul Akmar Che Zaudin (koordinator Program Teknologi Sumber Hutan merangkap ketua koordinator Projek Penyelidikan FBKT), Dr Zubaidah Aimi Abdul Hamid, koordinator Program Bioteknologi dan Cik Norfadhilah Ibrahim, koordinator Program Teknologi Bahan. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar mengenai perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan penulisan proposal. Antara yang diterangkan adalah pengenalan kepada projek akhir, tajuk penyelidikan, latar belakang penyelidikan, pernyataan masalah, objektif penyelidikan, hipotesis, skop kajian, kepentingan kajian. rekabentuk dan prosedur eksperimen, pemilihan sampel, analisi data, hasil jangkaan, bajet, carta Gantt dan tanda aras.

fyp 1  fyp 3  fyp 2

           

Perkara lain yang turut ditekankan adalah mengenai tanggungjawab pelajar, penggunaan makmal, perjumpaan dengan penyelia, plagiat. spesifikasi teknik laporan dan format laporan. Isi kandungan buku log sebagai satu medium untuk penyelia memantau kerja-kerja pelajar dan cara pengisian juga diterangkan secara terperinci bagi membantu pelajar untuk berkerja secara sistematik. Garis masa penyelidikan merupakan intipiati utama yang perlu diketahui oleh pelajar supaya mereka mengambil tahu perjalanan kerja FYP mereka terutamanya mengenai tarikh-tarikh penting seperti tarikh penghantaran proposal, proposal defend dan juga tarikh untuk penghantaran draft tesis (Bab 1-3) sebelum pengajian semester kedua sesi 2018/2019 ini tamat. 

Turut diberi penekanan di akhir sesi bengkel adalah mengenai pembentangan proposal defend. Perkara yang dititik beratkan dalam sesi ini adalah kaedah dan pengisian penyediaan slide pembentangan, etika pemakaian dan juga cara pembentangan. Pelbagai nasihat dan juga tips berkaitan dengan perjalanan pelajar untuk menjalankan projek kajian, penulisan proposal dan tesis juga turut dikongsikan oleh semua penceramah untuk memastikan perjalanan FYP pelajar berjalan lancar.

            fyp 4         fyp 5

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my