PENCAPAIAN CEMERLANG SITI HAJAR BINTI ZAID AMRI DI MATERIALS LECTURE COMPETITION (MLC) 2019 - PERINGKAT KEBANGSAAN (SEPARUH AKHIR)
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Teo Pao Ter
- Jumlah paparan: 152
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Saudari Siti Hajar Binti Zaid Amri, Pelajar SEB3 (Teknologi Bahan, Tahun 3) di atas kejayaan melayakkan diri ke Pusingan Akhir (Final) bagi Materials Lecture Competition (MLC) 2019-Peringkat Kebangsaan.MLC 2019 dianjurkan oleh Institute of Materials Malaysia (IMM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
![]() |
![]() |
Saudari Siti Hajar telah menyampaikan syarahan yang bertajuk, "TWO STEPS SOLVENT EVAPORATION: A COST EFFECTIVE PREPARATION OF HOLLOW COLLOIDOSOMES IN BIOMATERIALS TECHNOLOGY", di bawah bimbingan Dr. Nur Nabilah Binti Shahidan, Prof. Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty Binti Mohamed, Dr. Teo Pao Ter dan Cik Norfadhilah Binti Ibrahim.
![]() |
![]() |
Pertandingan bagi Pusingan Akhir seterusnya akan diadakan pada 30 April 2019, bertempat di UTeM. Sama-sama kita doakan agar Saudari Siti Hajar dapat menempa kejayaan yang gemilang pada pusingan akhir nanti.