Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Lawatan dan Berdiskusi ke TDM Berhad di Terengganu

TUJUAN

  • Tujuan lawatan dan berdiskusi ke TDM Berhad di Terengganu di bawah Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) adalah bagi kedua belah pihak berdiskusi bagi menjalankan aktiviti perkongsian ilmu dan kepakaran di mana manfaatnya bakal diperolehi oleh kedua belah pihak.
  • TDM Berhad sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang juga mengendalikan 12 estet di seluruh Terengganu. TDM Berhad mempunyai visi bagi menukarkan hasil buangan dari pemprosesan kelapa sawit kepada produk bio-baja organik. Pihak UMK mempunyai kepakaran dalam penghasilan mikrob yang boleh digunakan dalam proses penghasilan bio-baja organik. Justeru, pemindahan kepakaran dan pengetahuan antara kedua-dua pihak ini boleh dikongsi bagi menghasilkan inovasi produk yang berimpak tinggi di pasaran. Di samping itu, kunjungan ini turut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan industri antara pihak TDM Berhad dan FBKT.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini adalah :

i.     Membina jalinan kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan lebih luas bersama agensi-agensi luar bagi membina jaringan industri di antara pihak FBKT dan TDM Berhad.

ii.     Membincangkan penghasilan produk bio-baja organik dan potensi produk ini untuk dikomersilkan di pasaran tempatan atau antarabangsa.

 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh               : 14 Februari 2019 (khamis)

Tempat             : TDM Berhad, Terengganu.

Kehadiran         : 1. Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Bin Wan Ishak      

                           2. Dr. Zubaidah Aimi Binti Abdul Hamid

                           3. Dr. Mohd Hazim Bin Mohamad Amini

 HASIL LAWATAN & DISKUSI

Hasil perbincangan yang dijalankan, pihak TDM telah menyatakan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kilang bio organic mereka. Berikut adalah permasalahan yang telah diusulkan:

  1. Meningkatkan kualiti produk kompos dan biobaja yang telah dihasilkan oleh TDM Berhad dengan meningkatkan nilai NPK (Nitrogen, Pottasium dan Phosphorus) dalam produk mereka.
  2. Memohon cadangan pihak FBKT bagi memperkayakan kompos yang dihasilkan dengan mengantikan microb yang digunakan dengan kaedah semulajadi yang mampu mengurangkan kos penghasilan.
  3. Memohon kerjasama FBKT bagi menyedikan plot pertanian di UMK Kampus Jeli untuk percubaan penanaman hasil pertanian dengan pemerhatian yang lebih teliti dan tersusun.

Lawatan yang dijalankan kami telah di bawa untuk melawat sekitar kilang bio organic dan melihat hasil produk yang di keluarkan oleh TDM Berhad seperti di gambar berkenaan.

Picture1

Picture2

Picture3

Picture4

 

TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH FBKT

Hasil daripada lawatan dan diskusi ke TDM Berhad, pihak FBKT yelah mengambil beberapa tindakan.

  1. Membentuk kumpulan penyelidik yang di ketuai oleh Dr. Nurul Akmar Zaudin yang akan menyelesaikan masalah meningkatkan nilai NPK (Nitrogen, Pottasium dan Phosphorus) dalam produk yang di keluarkan TDM Berhad.
  2. Perbincangan dengan wakil FIAT iaitu Dr. Maryana dan En. Sarani bagi pembentukan plot tanaman penyelidikan di UMK Kampus Jeli.
  3. Akan mentak jawatan kuasa bagi menyelesaikan permasalahan memperkayakan kompos yang dihasilkan dengan mengantikan microb yang digunakan dengan kaedah semulajadi.

 

PENUTUP

Setinggi penghargaan kepada pihak Fakulti FBKT kerana meluluskan perbelanjaan mengadakan lawatan ke industri dan berdiskusi ke TDM Berhad di Terengganu dan TDM Berhad atas kesudian menerima pihak FBKT bagi menjalinkan kerjasama industri.

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my