Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Lawatan Latihan Industri Mahasiswa Program Teknologi Bioindustri

Lawatan latihan industri (LI) ke syarikat-syarikat dan institusi yang menerima pelajar latihan industri dari program SBT telah dijalankan pada 9 – 11 April 2019, bertempat di Butterworth, Kepala Batas dan Bayan Lepas. Lawatan ini adalah bertujuan melawat pelajar-pelajar SBT yang sedang menjalani latihan industri dan di dalam waktu yang sama dapat melakukan jalinan industri dan kerjasama antara UMK dan industri-industri berkaitan. Syarikat dan institusi yang telah dilawati adalah Curas Ltd., Institut Perubatan & Pergigian Termaju (USM), B. Braun Medical Industries Sdn Bhd, Pusat Pengajian Teknologi Industri dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) bertempat di USM, Pulau Pinang.

Sepanjang lawatan, pensyarah program SBT berkesempatan untuk meninjau kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar latihan industri SBT. Selain itu juga berpeluang berbincang dengan penyelia pelajar-pelajar tersebut untuk mendapat maklumbalas dari pihak industri mengenai prestasi pelajar-pelajar tersebut. Penyelia LI yang ditemui kesemuanya telah memberikan maklum balas yang cukup positif, dan menyatakan kesanggupan untuk menawarkan kerja dan peluang pengajian sarjana kepada pelatih LI terbabit sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian. Pihak syarikat menyambut baik lawatan yang dijalankan dan kebanyakkan mengakui kurang mengenali UMK sebelum ini dan prestasi baik yang ditunjukkan oleh pelajar UMK telah membuka mata mereka untuk mengadakan kerjasama dengan UMK di masa depan. Secara keseluruhan, pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan suasana dan etika kerja yang sesuai, yang mana pelajar merasakan suasana ini berbeza apabila berada di universiti dan tanggungjawab serta komitmen dapat melengkapkan diri mereka bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar pada masa hadapan.

pic1

pic3e

pic4e

pic5e

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my