Lawatan Rasmi ke Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK)
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Andi Hermawan
- Jumlah paparan: 154
Maklumat Program:
Tarikh: 25 Februari 2019
Tempat: Bilik Mesyuarat, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK)
Tujuan: Mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
Kehadiran:
FBKT, UMK:
Prof. Madya Dr. Noor Azlina Binti Ibrahim
Dr. Andi Hermawan
Ts. Dr. Sharizal Bin Dato' Dr. Hj. Ahmad Sobri
En. Mohd Afifi Bin Shuhaimin
JNPK:
Dato’ Haji Zahari Bin Ibrahim (Pengarah JPNK)
Encik Mohd Radhi Chu Bin Abdullah (Timbalan Pengarah Perhutanan)
Encik Razali Bin Abdu Raman (Timbalan Pengarah Perhutanan)
Cik Suryani Binti Mohd Nordin (Penolong Pegawai Silvikultur & Perlindungan II)
Encik Muhammad Hapiz Bin Abdul Mutalib (Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Timur)
Isu Perbincangan:
- Lawatan ini diadakan bertujuan untuk medapatkan makluman mengenai polisi terbaharu dan isu terkini berkaitan dengan pengelolaan hutan dan hasil hutan oleh Dato’ Pengarah JPNK
- Perbincangan juga telah dibuat untuk kerjasama penyelidikan di masa hadapan diantara FBKT dan JNPK yang berkaitan dengan sifat fizik dan mekanik, dan pemprosesan 'fast-growing species' dari hutan ladang di Negeri Kelantan
- Pengenalan FBKT oleh Prof. Madya Dr. Noor Azlina Binti Ibrahim, pembentangan slide dan pengenalan program Teknologi Sumber Hutan (SEH) oleh Ts. Dr. Sharizal Bin Dato' Dr. Hj. Ahmad Sobri kepada pihak JNPK
- Pembentangan rancangan penyelidikan mengenai sifat fizik dan mekanik fast-growing species dari hutan ladang di Negeri Kelantan oleh Dr. Andi Hermawan
Kejayaan Lawatan:
- Mendapatkan maklumat mengenai polisi terbaharu dan isu terkini berkaitan dengan pengelolaan hutan dan hasil hutan di negeri Kelantan
- Pihak JNPK telah mengambil maklum tentang kewujudan program SEH dan FBKT
- Kemungkinan kerjasama penyelidikan di antara JNPK dan FBKT