Lawatan Akademik ke ETRC, SIRIM Bhd. dan Heveaboard Bhd.
- Butiran
- Ditulis oleh Ts. Dr. Sharizal bin Dato' Dr. Haji Ahmad Sobri
- Jumlah paparan: 167
Maklumat Lawatan:
Lawatan akademik bersama pelajar tahun 3 program Teknologi Sumber Hutan (SEH) ke Environmental Technology Research Centre (ETRC) di SIRIM, Shah Alam, Selangor pada 16/04/2019. Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar sempena kursus yang diambil oleh mereka iaitu EWE32903 Penilaian Kitar Hayat/Life-Cycle Assessment yang diajarkan oleh Ts. Dr. Sharizal Ahmad Sobri dan beliau adalah ketua rombongan bagi lawatan ini. Lawatan hari kedua pada 17/04/2019 diteruskan ke Heveaboard Bhd di Gemas, Negeri Sembilan sempena kursus yang diambil iaitu EWT3134 Teknologi Pemprosesan Kayu & Bukan Kayu/Wood & Non-Wood Processing Technology yang diajarkan oleh Dr. Mohd Hazim Mohammad Amini di mana pelajar dapat memahami lebih mendalam tentang proses pembuatan 'particleboard'. Kedua-dua lawatan ini juga turut membincangkan tentang potensi kerjasama penyelidikan di antara UMK dan SIRIM serta Heveaboard Bhd, dan juga peluang pelajar tahun akhir untuk melaksanakan Latihan Industri (LI). Lawatan ini turut disertai oleh Dr. Andi Hermawan dan En. Mohd Afifi Shuhaimin. Gambar sekitar lawatan di ETRC, SIRIM Bhd serta Heveaboard Bhd disertakan bersama artikel ini. Pihak syarikat Heveaboard Bhd. tidak membenarkan mengambil gambar di dalam kilang.
Lawatan ke ETRC, SIRIM Bhd.
Pn. Isnazunita, General Manager - ETRC, SIRIM Bhd memberi taklimat mengenai SIRIM Bhd. (Gambar sebelah kiri)
En. Mohd. Nazri, Senior Researcher - ETRC, SIRIM Bhd, yang sedang menyampaikan syarahan bertajuk 'Life-Cycle Assessment' (Gambar sebelah kanan bahagian bawah)
Lawatan ke Heveaboard Bhd.
En. Yusof Hafidz, R&D & Production Process Manager - Heveaboard Bhd., memberi taklimat mengenai syarikat serta langkah keselamatan sempena lawatan. (Gambar sebelah kiri)