Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran FBKT UMK 2019

Tanggal 28 – 29 April 2019 telah diadakan Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran 2019 anjuran Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT). Umum mengetahui bahawa UMK mempunyai 2 unit mesin sinar-x bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang dilesenkan dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) di bawah Akta Perlesenan Tenga Atom 1984 (Akta 304). Justeru, kursus ini adalah bagi mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan  dalam Program Perlindungan Sinaran UMK selaras dengan Akta 304, LPTA yang diwajibkan kepada pekerja sinaran UMK dan terbuka untuk semua staf. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih terperinci berkaitan keselamatan dan perlindungan sinaran kepada pekerja sinaran FBKT, UMK khususnya dan memberi pendedahan kepada pekerja sinaran tentang langkah – langkah keselamatan yang perlu diambil ketika mengendalikan peralatan  dan mesin sinaran mengion.

WhatsApp Image 2019 04 28 at 09.50.37

Penceramah dan peserta Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran 2019 bergambar bersama YBhg Dekan FBKT, Prof Madya Dr Noor Azlina Binti Ibrahim pada hari pertama.

 

Kursus selama 2 hari ini diadaka secara dalaman melibatkan 3 orang penceramah iaitu Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman, Ts Dr Nor Hakimin bin Abdullah dan Dr Mohammad Khairul Azhar Bin Abdul Razab. Pada hari pertama (28 April 2019), kursus dimulakan dengan kata – kata aluan oleh YBhg Dekan FBKT, Prof Madya Dr Noor Azlina Binti Ibrahim. Dalam ucapan beliau, YBhg Dekan FBKT menekankan akan kepentingan pekerja sinaran untuk terus sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian mesin sinar-x. Ceramah pertama dan kedua dimulakan oleh Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman bertajuk Pengenalan Kepada Sinaran Mengion dan Peralatan dan Kaedah Pengukuran Sinaran dan Kesan Sinaran Mengion ke Atas Manusia. Perkongsian seterusnya diteruskan oleh Ts Dr Nor Hakimin bin Abdullah yang merupakan Pegawai Perlindungan Sinaran UMK dengan tajuk Prinsip Perlindungan Sinaran dan Perlindungan Terhadap Bahaya Sinaran.

drwadi
Sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman.

 

 

drnha
Sesi ceramah disampaikan oleh Pegawai Perlindungan Sinaran UMK, Ts Dr Nor Hakimin bin Abdullah.

Ceramah hari kedua (29 April 2019) dimulakan oleh Ts Dr Nor Hakimin bin Abdullah Prosedur Keselamatan Dalam Kategori Kawalan dan Rancangan dan Prosedur Kecemasan Dalam Kategori Kawalan. Seterusnya, perkongsian diteruskan Dr Mohammad Khairul Azhar Bin Abdul Razab dengan tajuk Ringkasan penting Akta 304 dan Program Perlindungan Sinaran Organisasi. Sesi terakhir ceramah turut disampaikan oleh Dr Mohammad Khairul Azhar Bin Abdul Razab bertajuk Prosedur dan Pengendalian Mesin Sinar-X.

mkaar
Penyampaian ceramah oleh Dr Mohammad Khairul Azhar Bin Abdul Razab.

Kursus perlindungan sinaran yang diadakan selama 2 hari ini dilihat berjaya mencapai objektifnya. Komitmen yang diberikan oleh pekerja – pekerja sinaran dan semua peserta yang hadir sangat membanggakan. Semoga semangat dan komitmen ini akan terus dikekalkan demi kemajuan dan kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UMK.

WhatsApp Image 2019 04 29 at 16.27.40 2
Penceramah dan peserta Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran 2019 bergambar pada hari kedua.

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my