Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Pencapaian Cemerlang Siti Hajar Binti Zaid Amri di Materials Lecture Competition (MLC) 2019 - Peringkat Kebangsaan (Akhir)

 

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Saudari Siti Hajar Binti Zaid Amri, Pelajar SEB3 (Teknologi Bahan, Tahun 3) di atas kejayaan yang amat membanggakan dengan memperoleh HADIAH SAGUHATI dalam Materials Lecture Competition (MLC) 2019 - Peringkat Akhir yang telah diadakan pada 30 April 2019, bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang telah dianjurkan oleh Institute of Materials Malaysia (IMM) dan UTeM.

hajar1         0001         

Seramai lima orang peserta daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melayakkan diri ke pusingan akhir tersebut. Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama penyertaan UMK dalam pertandingan berprestij tersebut, dan Siti Hajar merupakan peserta termuda dan satu-satunya peserta daripada Prasiswazah, manakala peserta-peserta lain merupakan pelajar pascasiswazah (MSc. dan PhD). 

Saudari Siti Hajar telah menyampaikan syarahan yang bertajuk, "TWO STEPS SOLVENT EVAPORATION: A COST EFFECTIVE PREPARATION OF HOLLOW COLLOIDOSOMES IN BIOMATERIALS TECHNOLOGY", di bawah bimbingan Dr. Nur Nabilah Binti Shahidan, Prof Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty Binti Mohamad, Dr. Teo Pao Ter dan Cik Norfadhilah Binti Ibrahim.

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my