Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

UMK DAN BENUA SUNDA CARIGALI SDN BHD JALIN KERJASAMA BANGUNKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI PERLOMBONGAN EMAS

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Benua Sunda Carigali Sdn. Bhd. (BSC) bagi kerjasama strategik membangunkan sektor perlombongan mineral negeri Kelantan khususnya dalam menjalankan penyelidikan dan pemerosesan emas.

Memorandum ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Pengarah Urusan BSC, Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 17 Jun 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Che Omar dan Ketua Ketua Pegawai Operasi BSC, Hj Ir. Shukeri Ismail.

MoA itu menyaksikan UMK dan BSC bersetuju untuk bersama-sama membangunkan bidang penyelidikan berkaitan sumber mineral negeri Kelantan khususnya emas dengan anggaran dana berjumlah RM100,000.

64242834 2511598909067251 1985822049641168896 n

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata kerjasama itu membolehkan UMK melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) menyediakan kepakaran termasuk pensyarah dan pelajar untuk menjalankan penyelidikan.

“Penyelidikan selama dua tahun ini telah pun bermula pada April lalu yang diketuai oleh Pensyarah Kanan FBKT, Dr. Abdul Hafidz Yusoff di tapak lombong yang terletak di bawah kawasan pelesenan PMBK Azhab Sdn Bhd di pendalaman hulu Kelantan,” katanya.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkata, dalam menjayakan projek penyelidikan ini, pihak BSC Sdn Bhd telah bersetuju menyumbangkan dana penyelidikan sebanyak RM 50,000 manakala selebihnya dibawah peruntukan dana penyelidikan UMK.

64511271 2511598765733932 8256340298821533696 n 64351592 2511598705733938 1409861326020280320 n
64381942 2511598645733944 4999783420822290432 n 64594222 2511598825733926 3713342983689469952 n

Beliau menyifatkan projek penyelidikan secara kolaboratif antara UMK dan industri BSC Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya pembangunan sosio ekonomi negeri Kelantan.

“Kerjasama ini turut membabitkan agensi milik Kerajaan Negeri Kelantan seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Pejabat Tanah Galian Negeri Kelantan.

Sementara itu, Hj Ir. Shukeri berkata Kelantan adalah negeri yang sangat kaya dengan sumber mineral termasuk emas menjadikan Kelantan negeri kedua terbanyak dalam pengeluaran emas selepas Pahang.

“Prospek perlombongan emas di Kelantan adalah amat cerah dan kerjasama ini juga mendapat kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja cari gali atau penjelajahan tapak projek penyelidikan.

“Kita amat bertuah diatas kesudian UMK untuk bersama-sama kami,” katanya.

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my