Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

KERJASAMA UMK DAN OEW ALGAE TECHNOLOGIES KOMERSIALKAN INDUSTRI MIKRO ALGA DI MALAYSIA

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan syarikat biofarmaseutikal, OEW Algae Technologies Sdn Bhd merancang memperluaskan industri menternak mikro alga sebagai usaha mengkomersialkan lagi produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan mikro alga di negara ini.


Sebagai permulaan, OEW Algae Technologies telah bersetuju membiayai dana penyelidikan berjumlah RM3 juta dalam membangunkan penyelidikan dan penternakan mikro alga secara komersial untuk tempoh dua tahun (2019- 2020) di UMK Kampus Jeli.


Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Ts. Noor Azizi Ismail berkata, pembiayaan dana itu adalah bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), inkubasi serta inovasi bersama penyelidik dari Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) yang melibatkan sekumpulan penyelidik dan pelajar UMK.


“UMK Kampus Jeli telah dipilih sebagai pusat penyelidikan utama projek penyelidikan ini dan fokus seterusnya adalah pemindahan teknologi kepada penduduk Jeli bagi memberi peluang kepada penduduk setempat menjana sumber pendapatan baharu dengan menternak alga mikro untuk dibekalkan kepada industri.


“Produk yang dihasilkan daripada mikro alga terpilih akan digunakan dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan, kosmetik dan makanan,” katanya pada sidang akhbar Pembangunan Terkini Projek Penyelidikan Berasaskan Mikro Alga di Bangunan Canselori, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Eksekutif OEW Algae Technologies Sdn Bhd., Dato' Dr. Nazily Mohd Noor, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK, Pejabata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Noor Azlina Ibrahim.


Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, sebagai sokongan kepada kerjasama projek penternakan mikro alga ini pihak akan UMK memperuntukkan kawasan seluas 70 hektar di Jeli bagi tujuan tersebut.


Katanya, progam pembangunan kultur biomas mikro alga berskala besar dengan OEW Algae Technologies Sdn Bhd ini adalah berdasarkan kepada memorandum kerjasama (MoC) antara UMK melalui FBKT yang telah dimeterai pada bulan Mac lalu.


“Melalui kejayaan penyelidikan ini, pemindahan teknologi akan berlaku dimana teknik amalan ladang akan diperkenalkan kepada 32 hingga 50 pengusaha mikro alga khususnya penduduk setempat di Jeli pada tahun 2021,” katanya.


Sementara itu, Dato’ Dr. Nazily berkata, mikro alga yang memiliki khasiat 600 kali lebih baik berbanding vitamin C telah digunakan secara meluas dan mendapat permintaan tinggi di negara luar kerana kandungannya yang bermanfaat kepada kesihatan.


Katanya, syarikat OEW Group beroperasi di Shah Alam, Selangor sejak 12 tahun lalu telah mengeluarkan dan 32 produk penjagaan kesihatan serta kecantikan yang menggunakan ekstrak mikro alga serta mengandungi astaxanthin, iaitu sejenis pigmen kemerahan atau karotenoid.


“Untuk pelaksanaan projek jangka panjang, syarikat merancang menambah pelaburan untuk membina sebuah loji utama dengan kos dianggarkan antara RM20 juta hingga RM30 juta dalam tempoh 2020-2023,” katanya.


Beliau berharap kerjasama ini akan memberi faedah kepada UMK khususnya dalam penglibatan pensyarah dan penuntut FBKT di UMK Kampus Jeli yang akan memantau perkembangan projek dari semasa ke semasa.

a

f

e

i

h

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my