Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

KERJASAMA STRATEGIK UMK DAN JTM BUKA PELUANG LEPASAN TVET SAMBUNG PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA

64782907_2511122759114866_5181469269111603200_n.jpg

Graduan Diploma Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) kini berpeluang melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi khususnya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan UMK. MoU ini di tandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail manakala JTM pula diwakili oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Dato’ Muhd Khair Razman Mohamed dengan disaksikan Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato' Haji Mahfuz, di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan pihak pengurusan daripada JTM.

64233268_2511122742448201_2390519071138381824_n.jpg

YB Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan MoU ini mampu meningkatkan peratusan pekerja mahir sehingga mencapai 35 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-11 sekaligus menjadikan program pembangunan TVET negara ini berkualiti tinggi. Katanya, ini membuktikan bahawa pendidikan TVET semakin diberi keutamaan oleh institusi pendidikan di Malaysia. “Bidang TVET mempunyai potensi yang amat tinggi, ia bukan sahaja mampu melahirkan pekerja mahir yang diperlukan negara, malah graduan TVET berupaya mewujudkan peluang pekerjaan (job creation) melalui perniagaan yang mereka usahakan dengan berbekalkan kemahiran yang dimiliki. “Saya amat menyokong hasrat murni ini kerana kemahiran yang dimiliki oleh para pelajar semasa mengikuti latihan di ILJTM juga akan menjadi lebih bermakna sekiranya pelajar tersebut turut memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah sekaligus menjadikan mereka golongan profesional yang mahir dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan di Malaysia,” katanya. Beliau juga berharap semua Universiti Awam (UA) lebih mudah diakses dengan membuka peluang kepada lepasan diploma program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk menyambung pengajian kemahiran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di universiti tempatan. Katanya, komitmen daripada UA ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan bagi memperkasakan pelajar lepasan TVET di seluruh negara untuk mendapat pendidikan yang lebih baik. “Universiti tempatan sudah banyak menawarkan peluang kepada pelajar tersebut untuk menyambung pengajian ijazah yang bersesuaian melalui kerjasama dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan UA di negara ini. "MoU pada hari ini menjadikan UMK sebagai universiti pertama berpaksikan keusahawanan menerima lepasan pelajar Diploma Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berharap, kerjasama antara UMK-JTM bakal memberikan peluang kepada kedua-dua institusi ini untuk memanfaatkan kelebihan sumber yang terdapat di kedua-dua pihak, seterusnya memartabatkan bidang pendidikan akademik dan TVET. Beliau berkata, kerjasama bagi tempoh tiga tahun itu juga merangkumi kerjasama institusi ini dalam perkongsian teoritikal, teknikal dan praktikal dalam bidang teknik dan vokasional. "Antara bidang pengajian yang jadi tumpuan kita pula di bidang pemasaran internet, sebab mahu memenuhi keperluan industri dalam menghadapi arus Gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). “Penghasilan graduan teknologis yang mampu menguasai kedua-dua bidang pengetahuan akademik dan kemahiran (TVET) bakal memberi nilai tambah kepada graduan itu sendiri seterusnya bakal meningkatkan kebolehpasaran graduan UMK,” jelas beliau.

 

64317363_2511122869114855_2041635424530595840_n.jpg

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my