Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Sumber Hutan (SEH)

Seramai 7 staf dari program Teknologi Sumber Hutan (SEH), FBKT iaitu Dr. Sitti Fatimah, Dr. Boon Jia Geng, Dr. Mohd Hazim, Dr. Andi Hermawan, Pn. Nor Izaida, Ts. Dr. Sharizal dan En. Mohd Afifi telah mengadakan lawatan penanda aras (benchmarking) selama dua hari di UPM Serdang, Selangor dan MTIB Banting, Selangor. Tujuan lawatan ini adalah untuk melaksanakan aktiviti penanda aras di antara program Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Sumber Hutan dengan program Bacelor Sains dan Teknologi Kayu, Fakulti Perhutanan, UPM. Pada hari pertama bertarikh 24 Jun 2019, lawatan pertama dilaksanakan di Fakulti Perhutnan, UPM pada sebelah pagi dan lawatan ini diteruskan sebelah petang ke Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM bagi meninjau alat dan kelengkapan terkini yang terdapat di institut tersebut serta membincangkan juga potensi kerjasama penyelidikan. Lawatan hari kedua bertarikh 25 Jun 2019 diteruskan ke Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC) di bawah agensi badan berkanun kerajaan iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di Kompleks Perabot Olak Lempit, Banting, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi untuk sebarang kerjasama penyelidikan serta penempatan latihan industri untuk pelajar. Kesimpulan dari hasil lawatan-lawatan tersebut, pihak program SEH telah mendapat banyak maklumat yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan program Sarjana Muda kelak serta potensi kerjasama penyelidikan yang boleh dicapai.

 

BM 1

 BM 2

BM 3

BM 4

BM 5

BM 6

BM 7

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my