Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Lawatan Pemeriksaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) ke FBKT, UMK

3

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan telah menerima kunjungan delegasi pegawai penguatkuasa LPTA pada 29 Julai 2019 bagi melakukan pemeriksaan berkala terhadap radas penyinaran mesin XRD dan XRF yang dilesenkan di bawah FBKT, UMK. Pemeriksaan ini bagi melihat tahap kepatuhan UMK terhadap Akta 304 LPTA dan sebahagian proses wajib bagi penyambungan lesen radas penyinaran memandangkan lesen radas penyinaran UMK akan tamat pada Disember 2019.

Delegasi LPTA disertai oleh Puan Nazaitul Hanum Bt. Baharom dan Puan Linda Sarah Jerim Bt. Abdullah dan disambut oleh YBhg Dekan FBKT, Prof Madya Dr Noor Azlina Ibrahim selaku Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) UMK, Ts Dr Nor Hakimin bin Abdullah selaku Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) UMK, dan Puan Hanisah Izzati Adli selaku Pengendali sinaran (P) UMK.

2

Sesi perbincangan sedang berlangsung.

Sesi audit dimulakan dengan taklimat oleh Puan Nazaitul Hanum Bt. Baharom berkenaan skop audit dan perkara-perkara yang perlu disediakan. Seterusnya, audit diteruskan dengan semakan kemaskini fail dan rekod berkaitan. Kemudian, audit diteruskan dengan sesi lawatan ke makmal sinar-x yang menempatkan radas penyinaran UMK sebelum diadakan sesi rumusan keseluruhan audit di Bilik Mesyuarat FBKT.

4

Pemeriksaan radas penyinaran XRD dan XRF di Makmal Sinaran FBKT, UMK.

Secara keseluruhan, pihak LPTA berpuas hati dengan sesi audit pada kali ini dan memberikan keputusan sangat memuaskan. Pihak LPTA juga memuji pengurusan radas penyinaran di UMK yang teratur dan tersusun dan meminta agar perkara ini dapat dikekalkan. Pihak LPTA turut memberikan saranan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan program perlindungan sinaran UMK akan terus berada pada tahap yang terbaik. Pihak LPTA juga turut memberi peringatan agar pihak UMK sentiasa peka dengan kesalahan mandatori di bawah Akta 304 yang merangkumi lesen radas, pegawai perlindungan sinaran yang sah, dan meter tinjau yang ditentukur.

Pihak FBKT, UMK merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nazaitul Hanum Bt. Baharom dan Puan Linda Sarah Jerim Bt. Abdullah di atas komen dan saranan bernas yang diutarakan sepanjang sesi pemeriksaan ini berlangsung. Semestinya pihak FBKT, UMK akan mengambil serius akan komen dan saranan tersebut dan terus berusaha dan komited bagi memastikan radas penyinaran UMK berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa mematuhi undang – undang yang telah digazetkan.

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my