Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

PERUTUSAN DEKAN FBKT SESI AKADEMIK 2019/2020

Dr Azlina edit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Allah SWT, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan para Sahabat RA.

Para mahasiswa/i yang dikasihi sekaian,

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan secara umumnya mula beroperasi pada 1 April 2017 yang bermatlamat untuk menghasilkan insan holistik, berkemahiran teknologi dan bercirikan keusahawanan yang mendokong perindustrian negara dan kesejahteraan global. Walaupun FBKT masih muda namun pencapaian yang ditonjolkan secara berpasukan oleh para mahasiswa, staf akademik, staf pentadbiran dan staf sokongan FBKT telah menjadikan FBKT mula dikenali, dihormati dan disegani dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kepada mahasiawa FBKT yang baru mendaftar, Selamat Datang ke FBKT, UMK! Tahniah diucapkan kerana anda semua telah menjadi sebahagian keluarga besar FBKT. Pastinya kedatangan para mahasiswa/i sekalian ke FBKT kami sambut dengan hati yang terbuka dan lapang. Insyallah, pihak FBKT akan memastikan saudara/i akan menimba pelbagai ilmu yang berguna samada secara langsung atau tidak langsung demi menghasilkan graduan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara di akhir pengajian nanti. Kembara ilmu para mahsiswa/i akan bermula FBKT dan semestinya FBKT akan menjadi rumah kedua saudara/i selepas ini. Galilah ilmu sebanyak mungkin dan terokailah bidang pengajian yang anda pilih ini seluasnya untuk menggapai kejayaan sehingga penghujungnya.

Sayugia diingatkan buat para mahasiswa/i baharu bahawa pemerolehan ilmu dan kemahiran bukan sahaja tersudut di bilik – bilik kuliah dan makmal semata – mata. Ilmu yang seperti kemahiran insaniah boleh digali melalui keterlibatan melalui aktiviti kesukarelawanan, keusahawanan dan penganjuran program – program dan aktiviti luar. Kemahiran insaniah ataupun disebut soft skills yang diperolehi melalui aktiviti di luar bilik kuliah dan makmal semestinya akan membantu untuk membentuk karektor, kemahiran komunikasi dan daya kepimpinan pelajar di masa hadapan. Ambillah segala peluang untuk membangunkan segala potensi anda di FBKT kerana inilah langkah pertama anda membina dan melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Buat mahasiswa/i kanan FBKT, semoga semester yang baharu ini terus memberikan inspirasi dan semangat bagi para mahasiswa untuk terus menonjolkan kecemerlangan di dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Bagi yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan cemerlang pada semester yang lalu, teruskan usaha memburu kecemerlangan manakala bagi yang kurang bernasib baik, usaha harus dilipat gandakan kerana kejayaan tidak pernah mengenal warna kulit, rupa mahupun bangsa.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka buat semua ahli keluarga besar FBKT. Nikmat kemerdekaan ini sewajibnya disyukuri kerana ia anugerah yang tidak ternilai harganya. Dirgahayu Malaysia!

Akhir kata, saya mewakili seluruh staf FBKT ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menuntut ilmu kepada semua mahasiswa/i FBKT.

Prof Madya Dr Noor Azlina Binti Ibrahim
Dekan
Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi
Universiti Malaysia Kelantan

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my