Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Bengkel Scheme of Work (SOW) for Blended Learning Substitute FBKT

Bengkel Scheme of Work (SOW) for Blended Learning Substitute” telah berjaya diadakan pada 13 dan 14 Oktober 2019 di Bilik Lansium, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Bengkel ini juga adalah antara inisiatif yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi FBKT yang telah berusaha untuk memastikan tenaga akademik UMK adalah relevan dengan budaya pembelajaran dan pengajaran semasa. Seramai 35 orang pensyarah yang terdiri daripada 3 fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Sains Bumi dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah hadir ke bengkel tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk (1) memberi pendedahan kepada tenaga akademik berkenaan amalan pembelajaran teradun dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, (2) melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan serta cekap dalam penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi pengajaran berkesan, (3) melahirkan pensyarah yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran literasi digital dalam melaksanakan pembelajaran teradun.

Disamping itu, bengkel ini berjaya melatih tenaga akademik FBKT khususnya berkenaan cara mengisi Jadual 4 MQA, mengikut format dan templet terbaru. Bengkel ini disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, Pengarah Pusat Pembelajarann dan Pengajaran, Universiti, Universiti Utara Malaysia. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tingginya penghargaan kepada PM Dr Muhamad Shahbani atas kesudian beliau berkongsi idea dalam membantu tenaga akademik UMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan sedikit sebanyak membantu dalam proses menyiapkan semakan kurikulum program ijazah sarjana muda di UMK.

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my