Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Program Kesedaran Penggunaan Kertas Kitar Semula

Program kesedaran pengunaan kertas kitar semula peringkat kebangsaan zon pantai timur telah berjaya diadakan pada 9hb Oktober 2019 di Dewan Utama Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Zon utara telah dijayakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia pada April yang lepas dan zon tengah dijayakan oleh pihak Universiti Putra Malaysia pada Julai yang lepas. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi dengan bangganya dijemput sebagai penganjur bersama dalam program peringkat kebangsaan ini. Program ini berjaya mendapat sambutan melebihi 110 orang peserta pelajar sekolah menengah dari zon pantai timur semenanjung Malaysia.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar untuk mengitar semula kertas terpakai dan menyokong produk hasil dari kertas kitar semula, sebagai langkah untuk memelihara alam sekitar. Di samping itu, program ini boleh meningkatkan minat pelajar sekolah menengah dalam bidang sains dan teknologi. Program ini disediakan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh para mahasiswa/i program Teknologi Sumber Hutan dan pensyarah sebagai penasihat.

Tujuan utama pelaksanaan ini adalah supaya meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa/i seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan serta tanggungjawab sosial mereka. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tingginya pengahargaan kepada pihak sekolah yang hadir dan pihak yang memberi kerjasama termasuk kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Terrenganu dan Pahang, serta penaja utama CP Stationary Sdn Bhd.

IMG 4974

aktiviti Lab

 

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my