Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Bengkel Kurikulum Tersedia Masa Hadapan “Future Ready Curriculum” FBKT

Bengkel Kurikulum Tersedia Masa Hadapan “Future Ready Curriculum” telah berjaya diadakan pada 9 Oktober 2019 di Bilik Baccaurea, Bangunan Pentadbiran, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Bengkel ini adalah antara inisiatif yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi FBKT yang telah berusaha untuk memastikan tenaga akademik UMK adalah relevan dengan budaya pembelajaran dan pengajaran semasa. Seramai 15 orang pensyarah yang terdiri daripada 3 fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Sains Bumi dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah hadir ke bengkel tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk (1) memberi pendedahan kepada tenaga akademik bagi memenuhi keperluan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (KTMH), (2) melahirkan tenaga akademik yang berupaya melahirkan graduan yang dinamik, seimbang dan holistic dalam pelbagai domain, (3) melahirkan tenaga akademik yang kompeten dalam mempelbagaikan kaedah pentaksiran termasuklah pentaksiran alternatif (autentik, pencapaian, bersepadu, kontemporari, masa nyata, berasaskan cabaran dan profil) dan (4) memastikan inklusiviti dan kesaksamaan kualiti pendidikan serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Aishah binti Abu Bakar, pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tingginya pengahargaan kepada Dr Aishah atas kesudian berkongsi idea dalam memenuhi kehendak kurikulum tersedia masa hadapan pada masa kini.

IMG 20191009 WA0031

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my