Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Ke Arah Pemerkasaan Geran Penyelidikan FBKT

bengkel0

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel pemurnian geran FRGS dan PRGS sempena pembukaan permohonan geran oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bengkel ini telah diadakan pada 17 – 18 Februari 2019 bertempat di BK 5, UMK Kampus Jeli dengan menampilkan 2 penceramah jemputan terkemuka iaitu Prof. Dr. Abdul Latif Bin Ahmad daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia dan Prof. Ir. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman daripada FBKT, UMK.

Baca selanjutnya...

BENGKEL “MOVE TOWARDS MPP”

Tarikh                           : 11 & 12 Julai 2018

Tempat                         : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Pemerkasaan Pelajar Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama barisan Majlis Perwakilan Pelajar umk (Jeli) sesi 2017/2018 dan barisan staf sokongan UMK. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Noor Azlina Binti Ibrahim (Timbalan Dekan Akademik FBKT), melibatkan 30 orang mahasiswa Tahun 1 dan 2 dari  semua program FBKT. Mahasiswa yang terpilih mengikuti bengkel ini adalah mahasiswa cemerlang dan berpotensi untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK pada masa hadapan.

Baca selanjutnya...

Program Cakna STEM-Prof@School anjuran Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi

Bertempat di UMK Kampus Jeli, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah menganjurkan Program Cakna STEM-Prof@School yang bertujuan untuk memupuk minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang semakin hari dilihat kurang mendapat tempat di kalangan generasi baru. Program yang menyasarkan pelajar daripada sekolah rendah ini telah disertai oleh lima buah sekolah sekitar Jeli iaitu Sekolah Kebangsaan Air Lanas, Sekolah Kebangsaan Kemahang 1, Sekolah Kebangsaan Rahmat, Sekolah Kebangsaan Gual Periok dan Sekolah Kebangsaan Belimbing. Pelbagai aktiviti menarik yang bercirikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik telah dirangka untuk memberikan pendedahan kepada para peserta program seperti demonstrasi penulenan air, prinsip penghasilan bateri dan reaksi tindakbalas kimia. Pelajar juga memperolehi pengalaman melihat proses penghasilan sabun dan juga mendapat peluang menghasilkan sabun sendiri. Di samping itu, mereka juga telah dibawa melawat ke fasiliti makmal yang terdapat di UMK Kampus Jeli untuk melihat dengan lebih dekat penyelidikan yang terdapat di sini. Penganjuran program sebegini adalah selari dengan misi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi iaitu untuk menyediakan khidmat masyarakat yang bercirikan teknologi. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Professor@School yang dilancarkan oleh UMK sejak tahun 2017. Dengan penganjuran program sebegini diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk melonjakkan minat generasi kini terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

ProfSchool 1 Dr.Aini

Baca selanjutnya...

Minggu Keusahawanan FBKT 2018

Program Minggu Keusahawanan FBKT 2018 ini merupakan satu program yang telah diadakan bagi memeriahkan Bulan Keusahawanan Siswa 2018 yang disambut sepanjang bulan Oktober 2018 oleh semua Universiti Awam di Malaysia. Program ini diadakan untuk menggalakkan penglibatan para mahasiswa/i dalam aktiviti keusahawanan dan pembangunan idea perniagaan sejajar dengan teras UMK. Program ini telah berlangsung pada 22 Oktober sehingga 26 Oktober 2018 yang melibatkan kesemua mahasiswa/i UMK Kampus Jeli.

Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut adalah Ceramah Industri, Bengkel Pengenalan Business Model Canvas (BMC) dan Pitching serta Ekspo Keusahawanan. Program ini dilihat mampu menjadi langkah awal bagi mahasiswa/i yang berminat untuk memulakan dan menjalankan syarikat pelajar di UMK. Aktiviti yang dirancang juga adalah bersesuaian dengan objektif program bagi membentuk dan membina kemahiran insaniah terutamanya kemahiran keusahawanan dalam diri mahasiswa/i, di samping melatih mereka menjadi graduan yang berdaya saing di masa hadapan. Aktiviti yang diatur seperti latihan dalam kumpulan dan pertandingan Pitching BMC dapat memupuk nilai sahsiah serta mencungkil potensi diri seperti kepimpinan dan keyakinan diri dalam kehidupan mahasiwa/i UMK.

Baca selanjutnya...

Program Prof@School FBKT 2018

Program Prof@School Di UMK Jeli

Program Sains Prof@School merupakan satu program berasakan sains yang telah di anjurkan oleh Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) bertempat di UMK Kampus Jeli. Tujuan program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan bagi menangani masalah kekurangan pelajar aliran sains di universiti tempatan. Program ini telah di bahagikan kepada beberapa siri melibatkan pelbagai sekolah di seluruh negeri Kelantan.

1

Para pelajar bersama guru-guru dan pensyarah yang terlibat.

Baca selanjutnya...

Bengkel Business Model Canvas (BMC) dan Pitching FBKT

Bengkel Business Model Canvas (BMC) dan Pitching FBKT 2018 telah diadakan pada 23 Oktober 2018 bertempat di Bilik Banquet (BK5) UMK Kampus Jeli. Bengkel ini telah dihadiri oleh 20 orang mahasiswa di UMK yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan program.

Bengkel ini dilihat mampu menjadi langkah awal bagi mahasiswa di UMK yang berminat untuk memulakan dan menjalankan syarikat pelajar di UMK. Tentatif yang telah dirancang juga adalah bersesuaian dengan objektif bengkel bagi membentuk dan membina kemahiran insaniah terutamanya kemahiran keusahawanan dalam diri mahasiswa, di samping melatih mereka menjadi graduan yang berdaya saing di masa hadapan. Aktiviti yang telah dijalankan seperti latihan dalam kumpulan dan pertandingan Pitching BMC dapat memupuk nilai sahsiah serta mencungkil potensi diri seperti kepimpinan dan keyakinan diri dalam kehidupan mahasiwa UMK.

Baca selanjutnya...

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7000