Pamplet Program

sbt Pamplet SEH 1 iconSEB


 

Lawatan ke Maktab Rendah Sains MARA Terendak

Lawatan ke MRSM Terendak pada 22 November 2017 ini bertujuan untuk mempromosikan UMK dan FBKT kepada pelajar sains. Lawatan oleh Dr. Najmi Nasri (SEB) dan Dr. Kamarul Ariffin b. Hambali (SEN) telah membincangkan tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dengan kaedah kitar semula yang telah diasaskan oleh MRSM Terendak iaitu 'Anti-monkey Recycle Bin'. Lawatan ini turut memperkenalkan jaringan kemasukan pelajar ke Asasi Sains UMK bagi pelajar yang mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sederhana atau lemah.

lawatan 6

Program Wacana Intelektual Siri 1 bersama Dr. M. Lakshmi Prasad (India)

Taklimat ini bertujuan mengadakan perbincangan untuk kolaborasi penyelidikan dengan Dr M. Lakshmi Prasad, CEO SUJAY BIOTECH Pvt Ltd,  dimana ia merupakan sebuah syarikat agroteknologi yang terlibat secara khusus dalam bidang bioteknologi pertanian dan banyak menghasilkan produk-produk agrobiotek seperti biobaja, biopestisid dan biofungi. Program Wacana Intelektual merupakan salah satu inisiatif perkongsian ilmu anjuran Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi bersama dengan pakar-pakar akademik dan juga industri. Taklimat ini diadakan di BK5, UMK Jeli pada 26 September 2017.

wacana 1 wacana 2

Jalinan Industri Program SBT di Kuala Lumpur Dan Selangor

Program Jalinan Industri ini melibatkan dua orang pensyarah SBT iaitu Dr. Wong Yee Ching dan Dr. Siti Roshayu Hassan, bertujuan untuk memastikan jalinan kerjasama dari segi kepakaran dan penyelidikan staf dan pelajar dapat diaplikasi dalam industri di Malaysia. Lawatan ini diadakan pada 7 Disember 2017 di tiga buah syarikat iaitu Solution Engineering Sdn. Bhd., Novozymes Malaysia Sdn. Bhd. dan Science Technics Sdn. Bhd.

Lawatan 5

Lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Pihak FBKT telah menghantar wakil pensyarah yang diketuai oleh Prof Madya Dr Noor Azlina bt Ibrahim ke UMP pada 20 September 2017 bagi Taklimat MBOARD berkaitan program yang berasaskan teknologi.

Lawatan 4

Lawatan Kerjasama Pembangunan Sel Suria

Tujuan lawatan ini adalah bagi strategi kerjasama Penyelidikan Dan Pembangunan Sel Suria Organik/Hibrid antara UMK dan UMT. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli pada 14 November 2017 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Lawatan 3

Lawatan Kerjasama bersama Malaysia Timber Industry Board (MTIB)

lawatan 2

 

Lawatan ini bertujuan mewujudkan kerjasama bersama industri Perkayuan Malaysia (MTIB). Lawatan pada 13 Oktober 2017 ini diwakili oleh PM Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak. Kerjasama yang boleh dibangunkan bersama MTIB adalah dari segi geran penyelidikan dan kajian pembangunan produk berasaskan perkayuan.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my