Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Cerita VIVA (26 September 2019)

Tahniah diucapkan kepada saudari Che Hanis Binti Ibrahim @ Omar yang lulus dengan pembetulan pada peperiksaan lisan (viva voce), program Sarjana Sains bidang Teknologi Sumber Hutan yang diadakan pada 26 September 2019.

Tajuk tesis, "The Effects of Alley Cropping using Turi (Sesbania Grandiflora) on Soil Fertility and Productivity of Roselle (Hibiscus Sabdariffa) on Bris Soil". Beliau diselia oleh Prof. Madya Dr. Hashim Bin Md. Noor, Dr. Sitti Fatimah binti Mhd. Ramle, Dr. Noor Janatun Naim binti Jemali dan Puan Nor Izaida binti Ibrahim.

Peperiksaan Lisan (viva voce) dipengerusikan oleh Prof. Madya ChM. Ts. Dr. Wong Yee Ching serta Pemeriksa Luar, Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Bin Alias (UPM) dan Pemeriksa Dalam, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Bin Wan Ishak.

Pemenang Pecipta 2019

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH FBKT DI ATAS KEJAYAAN YANG CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG DI PECIPTA 2019 !!!

Pingat EMAS:
1) High Dielectric CCTO Capacitor oleh Prof. Madya Dr. Julie Juliewatty Mohamed;

2) Integrated Kenaf of Bio-Processing System Biozym Ultimate Debark Unit (B.U.D.U) oleh Dr. Mardawani Mohamad

Pingat PERAK:
1) Cationic P (DMA-CO-HEMA) for Biossay oleh Dr. Nur Nabilah Shahidan;

2) Enhancement Efficiency of Silicone Based Antifoam oleh Dr. Zubaidah Aimi Abdul Hamid

TAHNIAH & SYABAS !!!


Tncpi Umk Rasmi
Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)

#fbktupdates
#oneumkonedream
#fbktohsem

 Pecipta 19 8

Pecipta 19 1

Pecipta 19 2

Pecipta 19 3

Pecipta 19 4

Pecipta 19 5

Pecipta 19 7

Baca selanjutnya...

Bengkel Kurikulum Tersedia Masa Hadapan “Future Ready Curriculum” FBKT

Bengkel Kurikulum Tersedia Masa Hadapan “Future Ready Curriculum” telah berjaya diadakan pada 9 Oktober 2019 di Bilik Baccaurea, Bangunan Pentadbiran, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Bengkel ini adalah antara inisiatif yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi FBKT yang telah berusaha untuk memastikan tenaga akademik UMK adalah relevan dengan budaya pembelajaran dan pengajaran semasa. Seramai 15 orang pensyarah yang terdiri daripada 3 fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Sains Bumi dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah hadir ke bengkel tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk (1) memberi pendedahan kepada tenaga akademik bagi memenuhi keperluan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (KTMH), (2) melahirkan tenaga akademik yang berupaya melahirkan graduan yang dinamik, seimbang dan holistic dalam pelbagai domain, (3) melahirkan tenaga akademik yang kompeten dalam mempelbagaikan kaedah pentaksiran termasuklah pentaksiran alternatif (autentik, pencapaian, bersepadu, kontemporari, masa nyata, berasaskan cabaran dan profil) dan (4) memastikan inklusiviti dan kesaksamaan kualiti pendidikan serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Aishah binti Abu Bakar, pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tingginya pengahargaan kepada Dr Aishah atas kesudian berkongsi idea dalam memenuhi kehendak kurikulum tersedia masa hadapan pada masa kini.

IMG 20191009 WA0031

Program Kesedaran Penggunaan Kertas Kitar Semula

Program kesedaran pengunaan kertas kitar semula peringkat kebangsaan zon pantai timur telah berjaya diadakan pada 9hb Oktober 2019 di Dewan Utama Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Zon utara telah dijayakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia pada April yang lepas dan zon tengah dijayakan oleh pihak Universiti Putra Malaysia pada Julai yang lepas. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi dengan bangganya dijemput sebagai penganjur bersama dalam program peringkat kebangsaan ini. Program ini berjaya mendapat sambutan melebihi 110 orang peserta pelajar sekolah menengah dari zon pantai timur semenanjung Malaysia.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar untuk mengitar semula kertas terpakai dan menyokong produk hasil dari kertas kitar semula, sebagai langkah untuk memelihara alam sekitar. Di samping itu, program ini boleh meningkatkan minat pelajar sekolah menengah dalam bidang sains dan teknologi. Program ini disediakan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh para mahasiswa/i program Teknologi Sumber Hutan dan pensyarah sebagai penasihat.

Tujuan utama pelaksanaan ini adalah supaya meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa/i seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan serta tanggungjawab sosial mereka. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tingginya pengahargaan kepada pihak sekolah yang hadir dan pihak yang memberi kerjasama termasuk kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Terrenganu dan Pahang, serta penaja utama CP Stationary Sdn Bhd.

IMG 4974

aktiviti Lab

 

Penerima Geran Public Private Research Network (PPRN) Kementerian Pendidikan Malaysia

20 September 2019

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ts. Mazlan dari Fakulti Biokejuteraan Dan Teknologi (FBKT) Bersama Rakan Industri I Medikel Cosmeceutical (M) Sdn. Bhd. diatas kejayaan memperolehi geran Public-Private Research Network (PPRN) Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPRN Mazlan

Persijilan Profesional CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector

FBKT mengambil inisiatif untuk melengkapkan pelajar yang akan bergraduat dengan persijilan profesional CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector. Memandangkan sijil profesional ini adalah satu persijilan profesional yang diiktiraf secara global, melengkapkan pelajar-pelajar dengan sijil ini akan dapat meningkatkan peluang kepada pelajar-pelajar ini bagi menempatkan diri mereka ke industri minyak dan gas yang sememangnya menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

Impak utama melalui perancangan program mempersijilkan pelajar dengan Persijilan Profesional CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector ini akan membolehkan pelajar yang terlibat menempatkan diri mereka sebagai Pegawai Kualiti di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pemeriksaan hasil kimpal.. Sijil ini yang diiktiraf secara global oleh syarikat-syarikat antarabangsa bakal membuka peluang yang luas kepada pelajar-pelajar ini untuk meneroka pasaran kerja dalam bidang yang berkaitan.

CSWIP

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my