Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Bengkel Scheme of Work (SOW) for Blended Learning Substitute FBKT

Bengkel Scheme of Work (SOW) for Blended Learning Substitute” telah berjaya diadakan pada 13 dan 14 Oktober 2019 di Bilik Lansium, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Bengkel ini juga adalah antara inisiatif yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi FBKT yang telah berusaha untuk memastikan tenaga akademik UMK adalah relevan dengan budaya pembelajaran dan pengajaran semasa. Seramai 35 orang pensyarah yang terdiri daripada 3 fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Sains Bumi dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah hadir ke bengkel tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk (1) memberi pendedahan kepada tenaga akademik berkenaan amalan pembelajaran teradun dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, (2) melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan serta cekap dalam penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi pengajaran berkesan, (3) melahirkan pensyarah yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran literasi digital dalam melaksanakan pembelajaran teradun.

Disamping itu, bengkel ini berjaya melatih tenaga akademik FBKT khususnya berkenaan cara mengisi Jadual 4 MQA, mengikut format dan templet terbaru. Bengkel ini disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, Pengarah Pusat Pembelajarann dan Pengajaran, Universiti, Universiti Utara Malaysia. Pihak Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tingginya penghargaan kepada PM Dr Muhamad Shahbani atas kesudian beliau berkongsi idea dalam membantu tenaga akademik UMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan sedikit sebanyak membantu dalam proses menyiapkan semakan kurikulum program ijazah sarjana muda di UMK.

PERUTUSAN DEKAN FBKT SESI AKADEMIK 2019/2020

Dr Azlina edit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Allah SWT, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan para Sahabat RA.

Para mahasiswa/i yang dikasihi sekaian,

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan secara umumnya mula beroperasi pada 1 April 2017 yang bermatlamat untuk menghasilkan insan holistik, berkemahiran teknologi dan bercirikan keusahawanan yang mendokong perindustrian negara dan kesejahteraan global. Walaupun FBKT masih muda namun pencapaian yang ditonjolkan secara berpasukan oleh para mahasiswa, staf akademik, staf pentadbiran dan staf sokongan FBKT telah menjadikan FBKT mula dikenali, dihormati dan disegani dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kepada mahasiawa FBKT yang baru mendaftar, Selamat Datang ke FBKT, UMK! Tahniah diucapkan kerana anda semua telah menjadi sebahagian keluarga besar FBKT. Pastinya kedatangan para mahasiswa/i sekalian ke FBKT kami sambut dengan hati yang terbuka dan lapang. Insyallah, pihak FBKT akan memastikan saudara/i akan menimba pelbagai ilmu yang berguna samada secara langsung atau tidak langsung demi menghasilkan graduan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara di akhir pengajian nanti. Kembara ilmu para mahsiswa/i akan bermula FBKT dan semestinya FBKT akan menjadi rumah kedua saudara/i selepas ini. Galilah ilmu sebanyak mungkin dan terokailah bidang pengajian yang anda pilih ini seluasnya untuk menggapai kejayaan sehingga penghujungnya.

Baca selanjutnya...

Hebahan Iklan Kekosongan Jawatan Akademik di FBKT

Iklan Jawatan Kosong Akademik IT FBKT

Graduate Research Assistance (GRA) Vacancy

 (1)     Nama   Pensyarah:  Dr. Hasyiya Karimah Adli 
 Tajuk   Projek:  Smart Gas Monitoring System Based on 2D   Organometallic Perovskite Material
 Email:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

  Iklan GRA Dr Hasyiya

(1)  Nama  Pensyarah: Dr. Nadiah Ameram
Tajuk  Projek: Chemistry (Catalysis)
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Iklan Master Stud Dr Wong page 001

Program Mobiliti Akademik Pelajar FBKT di Universiti-universiti Luar Negara

Program Mobiliti Akademik Pelajar-pelajar FBKT di Prince of Songkla University (Kampus Surat Thani dan Kampus Pattani, Thailand), King Mongkut's University of Technology Thonburi (KMUTT), Thailand dan Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia

 

Pada bulan Ogos 2019, seramai 15 orang pelajar-pelajar FBKT daripada program Teknologi Bahan (SEB), Teknologi Bioindustri (SEB) dan Teknologi Sumber Hutan (SEH) berpeluang untuk menyertai program mobiliti akademik dan menimba ilmu di universiti-universiti terkemuka luar negara. Melalui program mobiliti tersebut, mereka berpeluang untuk mengikuti kuliah (lecture) akademik berkaitan dengan bidang masing-masing di universiti tersebut. Selain itu, pelajar-pelajar turut diberikan peluang untuk menjalankan sebahagian kerja-kerja amali/penyelidikan projek Penyelidikan Tahun Akhir (FYP) masing-masing di universiti-universiti tersebut, di bawah seliaan pensyarah-pensyarah di universiti tersebut.

Prince of Songkla University (Kampus Pattani, Thailand)
 psu  psu2

Nuur Zahra Najwa Binti Abdullah (Program Teknologi Sumber Hutan)

Wan Nur Hannani Binti Wan Abd. Halim (Program Teknologi Sumber Hutan)  

Baca selanjutnya...

Rayuan UPU Online telah Dibuka (Sesi Kemasukan September 2019/2020)

JOM SERTAI KAMI di FBKT !!!

Terbuka kepada Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma yang GAGAL dalam Permohonan UPU.

Rayuan ke FBKT

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my