Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

UMK DAN BENUA SUNDA CARIGALI SDN BHD JALIN KERJASAMA BANGUNKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI PERLOMBONGAN EMAS

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Benua Sunda Carigali Sdn. Bhd. (BSC) bagi kerjasama strategik membangunkan sektor perlombongan mineral negeri Kelantan khususnya dalam menjalankan penyelidikan dan pemerosesan emas.

Memorandum ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Pengarah Urusan BSC, Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 17 Jun 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Che Omar dan Ketua Ketua Pegawai Operasi BSC, Hj Ir. Shukeri Ismail.

MoA itu menyaksikan UMK dan BSC bersetuju untuk bersama-sama membangunkan bidang penyelidikan berkaitan sumber mineral negeri Kelantan khususnya emas dengan anggaran dana berjumlah RM100,000.

64242834 2511598909067251 1985822049641168896 n

Baca selanjutnya...

Pencapaian Cemerlang Siti Hajar Binti Zaid Amri di Materials Lecture Competition (MLC) 2019 - Peringkat Kebangsaan (Akhir)

 

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Saudari Siti Hajar Binti Zaid Amri, Pelajar SEB3 (Teknologi Bahan, Tahun 3) di atas kejayaan yang amat membanggakan dengan memperoleh HADIAH SAGUHATI dalam Materials Lecture Competition (MLC) 2019 - Peringkat Akhir yang telah diadakan pada 30 April 2019, bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang telah dianjurkan oleh Institute of Materials Malaysia (IMM) dan UTeM.

hajar1         0001         

Seramai lima orang peserta daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melayakkan diri ke pusingan akhir tersebut. Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama penyertaan UMK dalam pertandingan berprestij tersebut, dan Siti Hajar merupakan peserta termuda dan satu-satunya peserta daripada Prasiswazah, manakala peserta-peserta lain merupakan pelajar pascasiswazah (MSc. dan PhD). 

Saudari Siti Hajar telah menyampaikan syarahan yang bertajuk, "TWO STEPS SOLVENT EVAPORATION: A COST EFFECTIVE PREPARATION OF HOLLOW COLLOIDOSOMES IN BIOMATERIALS TECHNOLOGY", di bawah bimbingan Dr. Nur Nabilah Binti Shahidan, Prof Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty Binti Mohamad, Dr. Teo Pao Ter dan Cik Norfadhilah Binti Ibrahim.

 

Ceramah Industri dan Perbincangan Bersama Syarikat Greenmakers Sdn. Bhd.

Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan satu ceramah industry pada 8 Mei 2019 yang lalu bertempat di dewan kuliah 2, kampus jeli. Dr mohamad hakim abdullah selaku wakil syarikat greenmakers sdn bhd. Telah hadir memberikan ceramah bertemakan ”Forest Beyond Timber: Bamboo As A Driver For Economic Growth”. Beliau dalam ceramahnya menekankan berkenaan potensi industri buluh untuk komoditi masa depan negara.

hazim 1 min  

   hazim 2  

 

Beliau menerangkan tentang keperluan tenaga di Malaysia telah meningkat secara signifikan seiring peningkatan populasi, pembangunan dan kepesatan ekonomi. Kesedaran untuk memastikan bekalan tenaga terus mencukupi di samping mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil menyebabkan permintaan terhadap bahan api alternatif yang boleh dikitar semula meningkat. Sebagai negara yang kaya dengan biojisim, tenaga bio adalah menjadi komponen keutamaan di dalam agenda tenaga Malaysia. Buluh akan dikenalpasti sebagai spesis berpotensi sebagai bahan mentah untuk tenaga bio di Malaysia. Sifat bahan bakar buluh di samping kemungkinan untuk menyelaraskan penanaman, penuaian, penghasilan dan penggunaan dengan agenda alam sekitar dan pembangunan akan dikaji dan dibincangkan.

Baca selanjutnya...

Saudari Farah Amanina Mohd Zin Lulus dengan Pembetulan Minor bagi Peperiksaan Lisan (Viva-voce), program Sarjana Sains (Teknologi Bahan)

CERITA VIVA (Sarjana Sains - Teknologi Bahan): 15 Mei 2019

gambar viva msc 15 Apr 2019


Tahniah diucapkan kepada saudari Farah Amanina binti Mohd Zin yang lulus dengan pembetulan pada peperiksaan lisan (viva voce), program Sarjana Sains (Teknologi Bahan) yang diadakan baru-baru ini.


Tajuk tesis, "Synergistic Effects Of Silver Graphene Oxide Nanocomposite And Cellulose Nanofibril Aerogel for Enhancement Of Antibacterial Performances". Beliau diselia oleh "Dr. An'amt Bin Mohamed Noor, Prof. Madya Dr. Lee Seong Wei dan Dr. Mohammad Khairul Azhar bin abdul Razak (USM Kelantan)".


Peperiksaan Lisan (viva voce) dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wong Yee Ching serta Pemeriksa Luar, Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz Bin Abu Bakar (UPM) dan Pemeriksa Dalam, Dr. Mohd Bashree Bin Abu Bakar.

Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran FBKT UMK 2019

Tanggal 28 – 29 April 2019 telah diadakan Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran 2019 anjuran Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT). Umum mengetahui bahawa UMK mempunyai 2 unit mesin sinar-x bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang dilesenkan dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) di bawah Akta Perlesenan Tenga Atom 1984 (Akta 304). Justeru, kursus ini adalah bagi mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan  dalam Program Perlindungan Sinaran UMK selaras dengan Akta 304, LPTA yang diwajibkan kepada pekerja sinaran UMK dan terbuka untuk semua staf. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih terperinci berkaitan keselamatan dan perlindungan sinaran kepada pekerja sinaran FBKT, UMK khususnya dan memberi pendedahan kepada pekerja sinaran tentang langkah – langkah keselamatan yang perlu diambil ketika mengendalikan peralatan  dan mesin sinaran mengion.

WhatsApp Image 2019 04 28 at 09.50.37

Penceramah dan peserta Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran 2019 bergambar bersama YBhg Dekan FBKT, Prof Madya Dr Noor Azlina Binti Ibrahim pada hari pertama.

 

Baca selanjutnya...

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU OLEH FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (FBKT) BAGI SEMESTER SEPTEMBER 2019/2020

poster intake tawaran bersyarat sept 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (FBKT), UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KINI SEDANG DIBUKA BAGI PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI / STPM / DIPLOMA *DAN* SETARAF DENGANNYA (TAWARAN BERSYARAT)

 

TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN DALAM BIDANG BERIKUT:

LG43 – TEKNOLOGI BIOINDUSTRI
✅LG50 – TEKNOLOGI BAHAN
✅LG51 – TEKNOLOGI SUMBER HUTAN

SEKIRANYA TERDAPAT PERTANYAAN BERKAITAN PROGRAM YANG DITAWARKAN ATAU POTENSI KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN, ANDA BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KETUA PROGRAM PENGAJIAN SEPERTI DI BAWAH:

TEKNOLOGI BIOINDUSTRI - DR. MARDAWANI MOHAMAD (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) / DR. ROSMAWANI MOHAMMAD (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

TEKNOLOGI BAHAN - DR. MOHAMAD NAJMI MASRI (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

TEKNOLOGI SUMBER HUTAN - DR. SITTI FATIMAH MHD. RAMLE (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

ATAU, SILA HUBUNGI / WHATSAPP TALIAN FAKULTI:-

09-9477401 / 7403 / 7405

011-31428719 (WhatApps)

 

ATAU, sila layari: http://mohon.umk.edu.my:8080

QR code borang online tawaran bersyarat

 

 

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my