Projek Kolaborasi Rumpai Laut Bagi Penyelidikan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Tenaga Suria)
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli; Dr. Wong Yee Ching
- Jumlah paparan: 186
Sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi yang diketuai oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli dan Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Bin Wan Ishak sebagai penyelidik bersama telah menjalani projek penyelidikan (pengsampelan) di Kampung Kabok, Kunat, Sabah pada 18 April sehingga 21 April 2018. Lawatan ini juga telah diiringi oleh dua orang pelajar prasiswazah iaitu Muhammad Fahmi Aizat Bin Elias dan Quah Soon Wei daripada program Teknologi Bioindustri (Tahun 3), yang juga merupakan pelajar dibawah penyeliaan Ketua penyelidik untuk projek ini.
Lawatan Penanda Aras di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli; Dr. Wong Yee Ching
- Jumlah paparan: 300
Satu lawatan penanda aras bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Tenaga (FBKT) telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 07 Mac 2018. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Nik Nurul Anis Binti Nik Yusoff selaku Ketua Program Tenaga FBKT bersama ahli-ahli program iaitu PM. Dr Wan Mohd Faizal B. Wan Ishak dan Dr. Hasyiya Karimah Bt Adli.
Bengkel Penggubalan Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Tenaga
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli; Dr. Wong Yee Ching
- Jumlah paparan: 165
Bengkel penggubalan kurikulum bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Tenaga (FBKT) telah diadakan pada 27 Mac 2018 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UMK Kampus Kota telah diadakan untuk menggubal kurikulum program yang akan ditawarkan pada tahun 2020 kelak. Bengkel ini telah dihadiri oleh YBhg. Dekan, Prof. Dato' Ir. Dr. Badhrulhisham Bin Abdul Aziz, Dr. Asanah Bt. Radhi selaku Ketua Jabatan Tenaga, Mineral & Bahan, Dr. Nik Nurul Anis Binti Nik Yusoff (Ketua Program Tenaga), bersama-sama dengan 3 ahli program yang lain, Prof. Ir. Dr. Shah Nor Bin Basri, PM. Dr. Wan Mohd Faizal B. Wan Ishak dan Dr. Hasyiya Karimah Bt Adli.
Bengkel ini juga melibatkan jemputan panel yang terdiri daripada ahli akademik dan para industri yang merupakan pakar dalam industri dan akademik yang melibatkan program tenaga. Panel-panel yang dilantik iaitu Tn Hj Mahadi Mokhtar (Pengarah Kelantan Utilities Mubarakan Holdings Sdn. Bhd.), Prof Dr. Zainal Alimuddin (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM), Ir. Dato. Ali Askar (CEO Sher Engineering & Consultancy Sdn. Bhd.), Prof. Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian (Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria UKM) dan Prof. Ir. Dr. Faizal Mustapha (Dekan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, UPM).
Kem Kajian Bersama Dan Pertukaran Budaya diantara Universiti Malaysia Kelantan (UMK)-University of Seoul (UoS, Korea)
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli; Khairul Nizar Syazwan
- Jumlah paparan: 280
The International Sustainable Energy Summit (ISES) 2018
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Nik Nurul Anis Binti Nik Yusoff; Khairul Nizar Syazwan
- Jumlah paparan: 129
Lawatan Penanda Aras di Centre of Renewable Energy, UNIMAS
- Butiran
- Ditulis oleh Dr. Nik Nurul Anis Binti Nik Yusoff; Khairul Nizar Syazwan
- Jumlah paparan: 182