Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Ucapan Takziah kepada Kerabat DiRaja Kelantan dan Negeri Kelantan

Merafak Sembah dan Ucapan Takziah kepada Kerabat DiRaja Kelantan dan Negeri Kelantan atas Kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

“DariNya Kita Datang dan KepadaNya Jua Kita Kembali”

Daripada:
Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

#OfficialUMK #SalamTakziah

Takziah

Sumber rujukan: https://www.facebook.com/OfficialUMK/photos/a.219464551441587/2548824971838855/?type=3&theater

Ekspo Hijau & Hari Alam Sekitar Negeri Kelantan 2019

02 - 06 Oktober 2019

RMIC TNCPI UMK bersama Kerajaan Negeri Kelantan melalui UPEN Negeri Kelantan akan menganjurkan International Kelantan Invention & Innovation Green Technology Expo (IKIGTEX) and Carnival Research & Innovation (CRI) UMK 2019. Lebih 85 booth penyelidik daripada UA dan UMK akan menyertai pertandingan pada kali ini yang akan diadakan bermula 02 - 04 Oktober 2019.

UMK juga menyediakan gerai keusahawanan pelajar melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) bagi aktiviti-aktiviti jualan oleh pelajar-pelajar UMK.

Semua dijemput hadir.

Tncpi Umk Rasmi
Research Management & Innovation Center of UMK
Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)


IKIGTEX 1

Baca selanjutnya...

Hebahan Tapak Niaga Sempena Pameran Penyelidikan Dan Inovasi 2019

Hebahan Tapak Niaga Sempena Pameran Penyelidikan Dan Inovasi 2019 yang bermula pada 2 - 6 Oktober 2019 di Perkarangan Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Puan Puteri Bismi Binti Jondi (017-9717528)
Puan Suriani Binti Zakaria (012-6033395)
Puan Nur Ismidar Binti Idris (019-9675782)

KERJASAMA UMK DAN INDUSTRI BAKAL LONJAK POTENSI BULUH KE ERA BAHARU SUMBER EKONOMI

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) positif buluh akan menjadi sumber baharu pendapatan negara. Keyakinan ini berdasarkan kepada kerjasama strategik yang dimeterai dengan beberapa pemain industri seperti Malaysia Timber Industries Board (MTIB), Natgreen Resources Sdn Bhd, Sujay Biotech dan A&M Co. Limited. Naib Canselor UMK, Prof Dr. Ts. Noor Azizi B. Ismail berkata kerjasama strategik ini adalah serampang dua mata kerana di samping membangunkan ekonomi Malaysia, ianya membuka peluang pekerjaan baharu. UMK sebagai institusi penyelidikan yang menyediakan kepakaran pembangunan dan penyelidikan melalui Fakulti BioKejuruteraan dan Teknologi (FBKT) mengalu-alukan kerjasama strategik ini yang akan melonjakkan pembangunan industri berasaskan buluh di Malaysia.

Dalam kerjasama ini, UMK dan MTIB serta pihak industri akan membentuk satu resolusi bersepadu sempena penganjuran forum perniagaan antarabangsa bertajuk 1ST INTERNATIONAL FORUM OF NATURAL RESOURCE TECHNOLOGY AND MANAGEMENT: BAMBOO AS A DRIVER FOR ECONOMIC GROWTH FOREST BEYOND TIMBER - NEW WEALTH CREATION FOR THE NATION yang bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar industri dan akademia untuk bertukar maklumat dan pandangan dalam konteks potensi buluh sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan menembusi pasaran antarabangsa.

IBC 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Industri Utama, YB. Puan Teresa Kok, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Konfrens ini menghimpunkan 100 para akademik/penyelidik dan wakil-wakil industri bergabung untuk meneroka bidang buluh melalui kajian/penemuan serta produk-produk yang telah dihasilkan tentang potensi ekonomi Buluh negara. Enam pembentang utama forum ini terdiri daripada Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Helmi Abdul Rahman, UiTM (Bamboo As A Driver For Economic Growth In The Energy Sector), Dr. M Laksmi Prasad (Sujay Bio Tech Pvt Ltd, India Bamboo As Planted Forest & Bamboo Biomass Yield And Feedstock Characteristics) dan pembentang seterusnya Prof. Dr. Rizalman Mamat, UMP (Potential of Bamboo Feedstock As Solid Fuel Pellet).

Selain itu, Wong Jae Senn, Natgreen Resources Sdn. Bhd (Bamboo’s Application Potential As Advanced Composite Material, Industrial Polymer – Petrochemical Replacement, Bamboo Fibres For Filler & Bamboo Textiles, Timber Wood Replacement & Structual Materials), Prof. Dr. Pauzi Zakaria, UM (Climate Change Mitigation) dan pembentang terakhir ialah Ketua Pegawai Eksekutif A&M Co. Ltd, Korea Selatan iaitu Mr. Jindong Gong (Bamboo Bioenergy Pellet Market Demand & Buyback Guarantee).

Pada majlis ini turut berlangsung majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara UMK dengan tiga industri iaitu MTIB, syarikat Natgreen Resources Sdn Bhd dan Sunjay BioTech. MoU ini akan disaksikan oleh YB Teresa Kok. Pada majlis pelancaran itu, Kementerian Industri Utama akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kelestarian industri buluh di Malaysia yang dilihat terkebelakang berbanding dengan negara jiran meskipun potensi ekonomi buluh sangat besar dan masih ramai tidak menyedarinya termasuk di Malaysia. Selain FBKT, UMK mempunyai kepakaran yang boleh melonjakkan lagi pembangunan sumber buluh ini melalui Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan.

buluh 1

buluh 2

buluh 3

Tahniah Prof. Ahmad Ziad!!!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mejar. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Profesor FBKT dan merangkap Pengarah Kanan RMIC atas pemakaian pangkat Kapten kepada Mejar dalam Majlis Pemakaian Pangkat oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-3, Rejimen 505 Askar Wataniah.

#fbktupdates
#oneumkonedream
#fbktohsem

Prof Ziad Mejar

Baca selanjutnya...

Pameran Minggu Sains Negara Negeri Kelantan

Penyertaan para pensyarah FBKT dalam pameran Minggu Sains Negara peringkat negeri Kelantan yang berlangsung pada 15 - 19 Ogos di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu.


#fbktumk

 

1

2

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my