Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Program Kesedaran Kertas Kitar Semula

boonSatu program kesadaran kertas Kitar Semula peringkat Negeri Kelantan telah dianjurkan oleh CP Stationary Sdn Bhd di SJK (C) Peir Chih Kelantan. Dr. Boon Jia Geng, Pensyarah kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi telah dijemput sebagai penceramah dalam program ini. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengitar semula kertas yang telah diguna pakai dan memberi sokongan kepada produk kertas berasaskan kertas kitar semula.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pada awal program, Dr. Boon Jia Geng memberi ceramah kepada kesemua warga SJK (C) Peir Chih berkenaan impak kertas kepada alam sekitar dan manfaat kitar semula kertas. Setelah tamat sesi ceramah, sesi penghasilan kertas kitar semula bersama warga SJK (C) Peir Chih dimulakan dengan bantuan lima orang pelajar tahun tiga sarjana muda Teknologi Sumber Hutan, mereka adalah Goh Kent Tiong, Wong We Hoong, Tan Shiao Wei, Low Hui Qi dan Kuek Sook Chi. Penglibatan sebegini merupakan salah satu usaha pemindahan pengetahuan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi kepada masyarakat.

Pemindahan pengetahuan merupakan satu agenda penting dalam nasional untuk meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan sejagat masyarakat. Turut, penglibatan pelajar sarjana muda dalam program sebegini merupakan salah satu usaha Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran komunikasi dan yakin diri.

Pengambilan Pembantu Pengajaran Siswazah

GTA Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi mengalu-alukan pelajar pascasiswazah UMK untuk memohon skim pembantu pengajaran siswazah untuk semester September 2017. Tempoh skim ini ialah selama 3 bulan.

Pelajar hendaklah memenuhi syarat dan borang hendah dihantar kepada :

Puan Marina Binti Rohim
Pejabat Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi,
Univeristi Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
17600 Jeli, Kelantan.

Borang boleh dipindah terima di sini.

Telefon : 09-9477270, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Program Kecemerlangan Dan Transformasi Diri Saintis Muda

WP 20170328 09 30 49 ProTanah Merah, 28 Mac, Jabatan Teknologi Sumber Asli telah mengadakan Program Kecemerlangan Dan Transformasi Diri Saintis Muda di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1. Program sehari ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar aliran sains berkenaan suasana pembelajaran pembagai disiplin ilmu di universiti dan peluang kerjaya mereka pada masa hadapan. Hasil penyelidikan dan inovasi di UMK turut dipamerkan kepada pelajar.Program ini melibatkan hampir 20 orang pensyarah di jabatan ini dan 100 pelajar aliran sains daripada tingkatan 4 dan 5.

 

 

 

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my