Brosur Program

 Capture Brosur SEB   Capture Brosur SEH   Capture Brosur SBT

Jalinan Industri Program SBT di Kuala Lumpur Dan Selangor

Program Jalinan Industri ini melibatkan dua orang pensyarah SBT iaitu Dr. Wong Yee Ching dan Dr. Siti Roshayu Hassan, bertujuan untuk memastikan jalinan kerjasama dari segi kepakaran dan penyelidikan staf dan pelajar dapat diaplikasi dalam industri di Malaysia. Lawatan ini diadakan pada 7 Disember 2017 di tiga buah syarikat iaitu Solution Engineering Sdn. Bhd., Novozymes Malaysia Sdn. Bhd. dan Science Technics Sdn. Bhd.

Lawatan 5

Lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Pihak FBKT telah menghantar wakil pensyarah yang diketuai oleh Prof Madya Dr Noor Azlina bt Ibrahim ke UMP pada 20 September 2017 bagi Taklimat MBOARD berkaitan program yang berasaskan teknologi.

Lawatan 4

Lawatan Kerjasama Pembangunan Sel Suria

Tujuan lawatan ini adalah bagi strategi kerjasama Penyelidikan Dan Pembangunan Sel Suria Organik/Hibrid antara UMK dan UMT. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli pada 14 November 2017 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Lawatan 3

Lawatan Kerjasama bersama Malaysia Timber Industry Board (MTIB)

lawatan 2

 

Lawatan ini bertujuan mewujudkan kerjasama bersama industri Perkayuan Malaysia (MTIB). Lawatan pada 13 Oktober 2017 ini diwakili oleh PM Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak. Kerjasama yang boleh dibangunkan bersama MTIB adalah dari segi geran penyelidikan dan kajian pembangunan produk berasaskan perkayuan.

Lawatan Pembangunan Solar Panel di Kampus UMK Bachok

lawatan 1

 

 

 

Lawatan bagi kerjasama pembangunan solar di UMK Bachok telah dihadiri of Dr Hasyiya dan Dr An'Amnt bin Mohamed Noor pada 18 Ogos 2017 bagi melihat potensi Bachok dijadikan hub permulaan bagi pembangunan solar bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan janakuasa elektrik.

Aktiviti Promosi UMK kepada Pelajar Kolej Matrikulasi

Karnival Pendidikan Kolej-Kolej Matrikulasi KPM merupakan aktiviti tahunan kolej matrikulasi KPM. Universiti Malaysia Kelantan telah dijemput sebagai pempamer di karnival tersebut di setiap kolej matrikulasi seperti senarai dibawah. Karnival ini merupakan satu peluang untuk mempromosikan program program yang ditawarkan oleh Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi kepada warga kolej matrikulasi. Kegiatan promosi di setiap Kolej Matrikulasi mendapat sambutan yang memuaskan daripada para pelajar.

matrik 1 matrik 2
Pelajar dan pensyarah memperkenalkan program program FBKT.

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my