Pengenalan

FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) atau dalam Bahasa Inggeris Faculty of Bioengineering and Technology (FBET) telah diluluskan penubuhannya secara rasmi oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 02 September 2016. Penubuhan fakulti ini adalah selari dengan perancangan yang telah dinyatakan di dalam buku Halatuju dan Pelan Strategik UMK unjuran tahun 2010 hingga 2020.

Penubuhan fakulti ini bersesuaian dengan cabaran ”Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) iaitu untuk mengeluarkan program akademik abad ke 21 yang menekankan keseimbangan antara akhlak dan ilmu serta atribut keusahawanan di samping menyokong dan mendokong Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Rancangan Malaysia ke-sepuluh (10) untuk mengeluarkan graduan berkualiti dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan di Malaysia dan Asean.

FBKT mempunyai tiga (3) program yang sedia ada iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) yang telah ditawarkan pada sidang akademik 2008/2009, Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) pada sidang akademik 2013/2014, dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) yang telah ditawarkan pada sidang akademik 2014/2015.

Kurikulum yang telah dirancang lebih bercirikan latihan kemahiran dan teknikal serta menekankan kepada teori sains asas untuk memperkukuhkan program, di samping kursus elektif program yang menyokong kursus dalam pengkhususan. Pelajar FBKT juga didedahkan dengan program kursus elektif keusahawanan bagi membolehkan para graduan menggunakan ilmu pengetahuan yang diajar untuk diterjemahkan kepada penjanaan kekayaan melalui aktiviti ekonomi dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my