Teknologi Bahan

Pengenalan

Latar Belakang

Nama Program : Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) Dengan Kepujian

Kaedah Pengajian : Sepenuh Masa

Nilai Kredit : 120

Visi

Peneraju  dalam pembangunan teknologi sains bahan berteraskan keusahawanan untuk penjanaan ekonomi negara.

Misi

  • Menyediakan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi sains bahan yang mengarah kepada keusahawanan supaya dapat mengoptimumkan penggunaan bahan dengan baik untuk menjana pendapatan negara.
  • Menjalankan penyelidikan dan  pengkomersilan hasil penyelidikan  untuk pembangunan sektor pembuatan dan perkhidmatan.
  • Memberi perkhidmatan dan mewujudkan rangkaian kerjasama bagi memenuhi tanggungjawab sosial.

Objektif Program Pengajian

  1. Menghasilkan para graduan yang berkemahiran tinggi dan bijak mengeksploitasi sumber bahan untuk diaplikasikan secara menyeluruh.
  2. Memastikan para graduan berkebolehan memanfaatkan kelebihan sesuatu bahan dalam sektor-sektor tertentu demi menjana ekonomi yang mapan.
  3. Memberi pendedahan kepada para graduan tentang potensi yang wujud pada bahan semulajadi untuk dipertingkatkan kualiti dan inovasi.
  4. Menjadikan graduan yang mampu mengurus industri teknologi bahan yang mesra alam seiring dengan pembangunan negara tanpa menjejaskan kelestarian khazanah bumi.
  5. Memberi penekanan kepada pengetahuan teknologi bahan melalui penyelidikan ke arah pendidikan sepanjang hayat.
  6. Menghasilkan kaedah terkini pengurusan teknologi bahan mengikut peredaran semasa serta penemuan bahan-bahan baru yang bernilai komersil.
  7. Mempersiapkan graduan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi berserta ilmu keusahawanan untuk lebih berdaya saing di pasaran kerja yang semakin kompetitif.

Hasil Pembelajaran Program

  1. Berkebolehan mengaplikasikan ilmu pengetahuan untuk dimanfaatkan secara bijak dan menyeluruh.
  2. Berupaya menganalisis isu semasa yang berkaitan dengan teknologi bahan serta mampu mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif.
  3. Berkemahiran sosial untuk memberi khidmat pada masyarakat dan mampu bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi mencari kaedah penyelesaian yang terbaik.
  4. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal yang tinggi dan pengalaman dalam bidang teknologi bahan dengan menumpukan kaedah penyelesaian pemasalahan dalam pengeksploitasian bahan yang berpotensi tinggi.
  5. Mempamerkan ciri kepimpinan dalam melaksanakan tugas dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi bahan.
  6. Berkeyakinan untuk menyampaikan idea secara lisan dan bertulis serta terlibat aktif dalam perbincangan sama ada secara lisan dan bukan lisan sebagai pendekatan dalam komunikasi secara efektif khususnya dalam mendapat pandangan tentang penilaian bahan bagi semua jenis bahan yang boleh dikomersialkan.
  7. Melaksanakan tugas secara profesional, beretika, bertanggungjawab dan berakhlak mulia berlandaskan ilmu pengetahuan dalam bidang sains bahan.
  8. Kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah pengurusan teknologi bahan melalui penyelidikan, ketetapan piawaian undang-undang serta pandangan dari masyarakat.
  9. Mampu mewujudkan peluang pekerjaan berdasarkan ilmu teknologi bahan dan keusahawanan yang diterapkan semasa sesi pengajian.

 


Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477269 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6010-2498909
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my