Teknologi Bioindustri

Struktur Kurikulum

Latar Belakang

Nama Program : Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) Dengan Kepujian

Kaedah Pengajian : Sepenuh Masa

Nilai Kredit : 122

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian akan memberikan peluang untuk pelajar menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran sains dan teknologi yang selaras dengan dasar kerajaan dan aspirasi rakyat dalam memodenkan sektor pertanian berteraskan industri dan biologi gunaan. Bioindustri dijangka akan menjadi salah satu daripada enjin utama untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara selari dengan perkembangan bidang bioteknologi negara. Perkembangan ini adalah selaras dengan matlamat Dasar Bioteknologi Kebangsaan yang menekankan kepada kepentingan bioteknologi industri berasaskan sumber biologi. Penawaran program ini akan menjadi pemangkin untuk membolehkan industri berasaskan sumber biologi digembelingkan sepenuhnya setanding dengan industri pembuatan yang lain, atau akan mengambilalih proses kimia yang tidak ekonomi dan menjejaskan alam sekitar..

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

  • Melahirkan graduan yang berupaya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan inovasi produk terkini berasaskan biologi moden.
  • Melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk membangunkan industri berasaskan biologi bermula daripada mengenalpasti bahan mentah yang akan digunakan hingga kepada pembangunan produk yang akan menjamin kejayaannya di pasaran.
  • Menghasilkan graduan yang mempunyai keupayaan untuk menerokai industri baru berasaskan biologi melalui pemikiran secara dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu produk yang unik dan mempunyai nilai tambah
  • Melatih graduan bersifat ‘hands-on’ dan dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk mererokai dan menghasilkan produk berasaskan biologi dengan menggunakan teknologi terkini yang akan menentukan nilai pasaran produk
  • Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah, beretika murni, berketrampilan, berdaya saing dan dapat menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif dalam menggunakan dan menjaga sumber biologi secara lestari.

 


 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my