Teknologi Sumber Hutan (Kod UPU: LG-51)

Pengenalan

Latar Belakang

Nama Program : Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) Dengan Kepujian

Kaedah Pengajian : Sepenuh Masa

Nilai Kredit : 122

Visi

Peneraju dalam pembangunan teknologi sumber hutan untuk penjanaan ekonomi negara.

Misi

  • Menyediakan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi sumber hutan yang mengarah kepada keusahawanan supaya dapat mengoptimumkan penggunaan sumber hutan dengan baik untuk menjana pendapatan Negara.
  • Menjalankan penyelidikan dan  pengkomersilan hasil penyelidikan  untuk pembangunan sektor pembuatan dan perkhidmatan.
  • Memberi perkhidmatan dan mewujudkan rangkaian kerjasama bagi memenuhi tanggungjawab sosial.

Objektif Program Pengajian

  1. Menghasilkan para graduan yang berkemahiran tinggi dan bijak memanfaatkan sumber hutan untuk diaplikasikan secara menyeluruh.
  2. Memastikan para graduan berkebolehan memanfaatkan kelebihan sesuatu sumber hutan dalam sektor-sektor tertentu demi menjana ekonomi yang mapan.
  3. Memberi pendedahan kepada para graduan tentang potensi yang ada pada sumber hutan untuk dipertingkatkan kualiti dan inovasi.
  4. Menjadikan graduan yang mampu mengurus industri teknologi sumber hutan yang mesra alam seiring dengan pembangunan negara tanpa menjejaskan kelestarian khazanah bumi.
  5. Memberi penekanan kepada pengetahuan teknologi sumber hutan melalui penyelidikan ke arah pendidikan sepanjang hayat.
  6. Menghasilkan kaedah terkini teknologi sumber hutan mengikut peredaran semasa serta penemuan bahan-bahan baru yang bernilai komersil.
  7. Mempersiapkan graduan dengan ilmu sains dan teknologi berserta ilmu keusahawanan untuk lebih berdaya saing di pasaran kerja yang semakin kompetitif.

Hasil Pembelajaran Program

  1. Berkebolehan mengaplikasikan ilmu pengetahuan untuk dimanfaatkan secara bijak dan menyeluruh.
  2. Berupaya menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan teknologi sumber hutan serta mampu mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif.
  3. Berkemahiran sosial untuk memberi khidmat pada masyarakat dan mampu bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi mencari kaedah penyelesaian yang terbaik.
  4. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal yang tinggi dan pengalaman dalam bidang teknologi sumber hutan dengan menumpukan kaedah penyelesaian pemasalahan dalam pengeksploitasian sumber hutan yang berpotensi tinggi.
  5. Mempamerkan ciri kepimpinan dalam melaksanakan tugas dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi sumber hutan.
  6. Berkeyakinan untuk menyampaikan idea secara lisan dan bertulis serta terlibat aktif dalam perbincangan sama ada secara lisan dan bukan lisan sebagai pendekatan dalam komunikasi secara efektif khususnya dalam mendapatkan pandangan tentang penilaian sumber hutan bagi semua jenis sumber yang boleh dikomersialkan.
  7. Melaksanakan tugas secara profesional, beretika, bertanggungjawab dan berakhlak mulia berlandaskan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi sumber hutan.
  8. Kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah pengurusan teknologi sumber hutan melalui penyelidikan, ketetapan piawaian undang-undang serta pandangan dari masyarakat.
  9. Mampu mewujudkan peluang pekerjaan berdasarkan ilmu teknologi sumber hutan dan keusahawanan yang diterapkan semasa sesi pengajian.

 


Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 
  QR code FBKT     67 512      Fakulti Biokejuruteran Dan Teknologi (FBKT),
  Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
  Locked Bag 100,
  17600 Jeli,
  Kelantan, Malaysia.
orange telephone icon transparent png 28 +609-9477405 584ac2d03ac3a570f94a666d   www.facebook.com/Fakultibiokejuruteraandanteknologi     
 website icon 14   www.fbkt.umk.edu.my  social 01 512   +6011-31428719
 584856ade0bb315b0f7675ab   fbkt@umk.edu.my