Tahniah Ali Imran!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ali-Imran bin Zaheruddin atas pemilihannya sebagai Fully Funded Delegate ke Youth Vision Assembly 2025 yang akan berlangsung pada 19-22 September 2025 di Amsterdam, Netherlands. Pemilihan ini adalah pengiktirafan atas usaha, kepimpinan dan semangat beliau dalam membawa perubahan positif dalam masyarakat serta menjadi suara belia di peringkat antarabangsa. Kami warga fakulti berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar Ali Imran memperoleh pengalaman berharga, dapat berkongsi pandangan serta membawa pulang ilmu dan jaringan antarabangsa yang bermanfaat untuk semua. Terus maju dan menginspirasi... to english #fbktohsem #fbktno1 #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #UMK4u1hati1jiwa #malaysiamadani