Konvokesyen UMK 2025

Tahniah diucapkan kepada semua 198 graduan FBKT yang diraikan dalam Sidang 4, Istiadat Konvokesyen UMK Kali Ke-15 yang berlangsung pada 10–13 November 2025 di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok.

Seramai 198 graduan ini terdiri daripada tiga program pengajian utama, iaitu:

* Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian

* Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian

* Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian

Pihak fakulti mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian cemerlang para graduan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya, penyelidikan dan kehidupan mendatang.

Sebagai alumni FBKT, semoga para graduan terus mengekalkan hubungan yang baik dengan fakulti, menyumbang kepakaran serta menjadi duta yang membawa nama baik universiti ke mana sahaja anda melangkah.

Terbang tinggi Graduan FBKT!!