Tahniah!!
Tahniah diucapkan kepada Peraavin Maganathan, graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian, atas penganugerahan Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Keusahawanan Sosial sempena Istiadat Konvokesyen UMK Kali Ke-15 yang berlangsung pada 10–13 November 2025 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.
Turut diraikan ialah Khor Yee Men, graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian, yang telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Tajaan Industri daripada Persatuan Jurutera SeMalaysia (MAE).
Pihak fakulti amat berbangga dengan pencapaian cemerlang kedua-dua graduan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk terus berusaha gigih serta mencapai kecemerlangan dalam akademik, kepimpinan dan keusahawanan.
Tahniah dan selamat maju jaya!


-and-the-Faculty-of-Bioengineering-and-Technology-(FBKT)/589043663_1450081553789193_8640678563715067838_n_rztrizb0d9cu.jpg)

