Sesi Perjumpaan Profesor TNC (Penyelidikan & Inovasi) Bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT)

Sesi Perjumpaan Profesor TNC (Penyelidikan & Inovasi) Bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT)

26 November 2025 / 10.00 pagi / Bilik Mesyuarat Helianthus, FBKT

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) telah menerima kunjungan bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMK, Prof. Dr. Amir Zal - Tncpiumk bagi membincangkan agenda penyelidikan dan inovasi di peringkat fakulti dan universiti.

Sesi ini menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan, perkongsian idea serta penambahbaikan berterusan dalam usaha merancakkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu di fakulti dan universiti.

FBKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Amir Zal - Tncpiumk di atas kesudian meluangkan masa, perkongsian pandangan yang bernas serta sokongan berterusan terhadap pembangunan penyelidikan dan inovasi fakulti.

#fbktohsem #UMK4u1hati1jiwa #OfficialUMK #UMKinfo #EntrepreneurshipUniversity

#UMK4u1hati1jiwa