SEMINAR ON ENTRY LEVEL PYTHON PROGRAMMER

1 Disember 2025 | BK5 Room, Level 1, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) | 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

Program “Entry Level Python Programmer” telah berjaya dianjurkan oleh Intelligent Manufacturing Technology Research Group (IMTECH), Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan. Program ini turut disertai oleh pensyarah daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dan Fakulti Sains Bumi (FSB) yang berminat mempelajari asas pengaturcaraan Python secara tersusun dan praktikal.

Sesi ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi bin Sulaiman, yang memperkenalkan peserta kepada asas sintaks Python, pembolehubah, struktur kawalan, fungsi, modul-modul penting serta latihan hands-on. Peserta turut dibimbing membangunkan aplikasi ringkas termasuk aplikasi GUI menggunakan Python.

Para peserta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang sesi dengan perbincangan aktif dan suasana pembelajaran yang positif. Program ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan asas Python, malah menyokong ke arah transformasi digital dalam pengajaran dan penyelidikan di UMK.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan sangat baik, mencapai objektif penganjuran dan memperkukuhkan budaya inovasi serta peningkatan kompetensi teknikal dalam kalangan pensyarah UMK.