SESI TEMUDUGA PEMILIHAN DAN MAJLIS SERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM CEO@FACULTY 2.0 (MUSIM 3)

Pihak Fakulti Biokejuruteraan & Teknologi (FBKT) ingin mengucapkan tahniah kepada YBrs. Ts. Dr. Sharizal Ahmad Sobri kerana telah berjaya dipilih ke syarikat Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. Sesi temuduga pemilihan program tersebut telah diadakan pada tarikh 08 Januari 2020 bertempat di Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Presint 5, Putrajaya. Seramai 73 calon telah dipilih untuk peringkat akhir saringan dan semua calon telah ditemuduga oleh CEO atau wakil pengurusan tertinggi syarikat yang menyertai program bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis serahan surat tawaran telah diadakan juga bersama sesi ‘Pre-Attachment Workshop’ bertarikh 27 hingga 29 Januari 2020 bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan di mana calon yang berjaya perlu menghadiri bengkel tersebut bagi persiapan calon sebelum lapor diri ke syarikat masing-masing dan semasa sesi bengkel itu juga, majlis serahan surat lantikan disempurnakan oleh YBrs. Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik & Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPM. Gambar-gambar semasa sesi temuduga serta bengkel juga disertakan bersama.

Artikel dan Foto: Ts.Dr. Sharizal Bin Ahmad Sobri