GERAN TERAJU 2020
Unit Peneraju Agenda Bumiputera ("TERAJU") di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberi mandat untuk melaksanakan program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 di ECER. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK- 11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. 4. TERAJU telah bersetuju melantik Universiti Malaysia Kelantan ("UMK") sebagai rakan kongsi strategik untuk menjalankan Program DPUB 2020 dengan dana berjumlah tidak melebihi RM2,346,000.00 bagi membiayai kos program tersebut. Program tersebut akan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak dan Ts. Dr. Mazlan Mohamed daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, UMK. Turut terlibat dengan program ini adalah Encik Mohd Aswawi Bin Isa dan Encik Mohd Hilmi Bin Harun daripada Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan serta Pn Alifah Bt Adnan, Timbalan Pendaftar dari Institut Keusahawanan, Pejabat TNCPI.
Tajuk Projek : Innovation for Community (INN04C) for Integrated Bamboo Processing
Kolaborasi/Industri : Ain Biomass Industries Sdn. Bhd
Peruntukkan Geran : RM2, 346,000.00
